berita

7 Tahun Kenal ‘Daddy’, Vicha Umum Dah Kahwin Dengan Jejaka Nigeria – ‘Nak Bawa Anak-Anak Tinggal Bersama & Bersekolah Di Malaysia’

January 7th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelawak dan pelakon kelahiran Indonesia, Vicha memaklumkan bahawa dirinya sudah mendirikan rumah tangga dengan lelaki dari Nigeria yang dikenali sebagai Johnson. Menurut pemilik nama Refika Novianti Faturohman itu, dia sudah bernikah pada 2019 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki, Michael Trevor Ayomide yang kini berusia dua tahun.

Tiada niat untuk merahsiakan

Menurut Vicha, dia tidak berniat untuk menyembunyikan hal tersebut kepada umum sebelum ini. Ujar Vicha lagi, sekarang waktu yang sangat sesuai untuk memberitahu kepada para peminat dan semua bahawa dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Sebenarnya saya dah tak ‘single’ lagi. Saya sudah bernikah tiga tahun lalu dan mempunyai seorang anak yang berusia dua tahun. Saya hamil ketika menyertai Muzikal Lawak Superstar 2019. Itu memang rezeki anak apabila saya dapat gelaran juara ketika itu. Saya mengenali suami sejak 2015. Cuma baru bernikah pada tiga tahun lalu. Tidak ada perselingkuhan, tiada drama. Doa saya dimakbulkan untuk mendapat jodoh sepertinya.

Disoal mengenai apa keistimewaan Johnson sehingga Vicha sanggup menamatkan zaman ibu tunggalnya, Vicha hanya menjawab karakter suami membuatkan dirinya jatuh hati.

Keistimewaan Johnson adalah dia seorang yang bertanggungjawab, suka bagi nasihat jika ada buat kesilapan. Dia juga tidak nampak sebagai seorang romantik yang berlebihan tetapi kita boleh rasa yang dia sayang. Saya beritahu dia sebelum ini ada lelaki yang hanya ambil kesempatan dan berlaku curang. Jadi kali ini saya tidak mahu berikan peluang kedua lagi.

Nak bawa anak-anak tinggal di Malaysia

Ditanya pula mengenai soal anak-anak perkahwinan terdahulu, Vicha memberitahu mereka memberi restu dan menyokong apa sahaja keputusannya. Jelas Vicha lagi, sebagai ibu dia akan berjuang untuk membawa anak-anaknya menetap bersamanya di Malaysia dan bersekolah di sini. Vicha mahu mereka semua tinggal bersama dan menjalani kehidupan seperti biasa untuk selamanya.

Di akhir sesi temubual, Vicha memberitahu suaminya seorang mualaf. Mereka dinikahkan oleh seorang ustaz warga Indonesia yang memiliki sebuah madrasah di Lembah Klang. Tambah Vicha, mereka hanya melakukan yang wajib sahaja kerana faktor kewangan pada masa itu tidak mengizinkan.Vicha turut menzahirkan rasa syukur akan kurniaan Allah kerana hidupnya kembali sempurna dengan kehadiran suami, anak dan ibu mentua yang memahami. Terdahulu, Vicha dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan hasil perkahwinan pertamanya dengan bekas suami.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×