berita

‘7 Tahun Tanpa Ummi’, Foto Anak Autisme Peluk & Cium Batu Nisan Ibu Undang Sebak

June 12th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook, viral beberapa foto mengenai seorang kanak-kanak lelaki sedang memeluk pusara ibunya. Menerusi Facebook Fatin Hanani, wanita tersebut memberitahu bahawa kanak-kanak itu merupakan anak saudaranya dan merupakan anak autisme.

Asyik peluk dan cium batu nisan

Tersedar je tido terus cakap abang nak mandi. Selesai mandi dah siap pakai baju terus ajak pi kubur ummi. Hari ini dipusara ummi, abang tak banyak cakap. Asyik peluk dan cium batu nisan. Hanya Allah sahaja maha mengetahui apa yang tersimpan dihati abang. 7 tahun abang tanpa ummi. Ingatan abang kepada umminya sangat kuat hanya sempat 4 tahun sahaja melukis kenangan bersama umminya.

Menurut Fatin, anak saudaranya itu dikenali sebagai Muhammad Afiq Akhtar Mohamad Nasuha. Kanak-kanak itu merupakan anak autisme dan berusia 11 tahun. Bercerita mengenai foto yang viral, Fatin memberitahu bahawa foto tersebut diambil semasa anak saudaranya itu mengajaknya pergi ke kubur. Tambahnya, tahun ini merupakan tahun ketujuh Afiq hidup tanpa kasih sayang seorang ibu.

Sayu hati saya

Menerusi laporan Harian Metro, Fatin berkongsi kisah mengenai arwah kakaknya. Fatin memberitahu ibu kepada dua anak itu meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika hendak pergi kerja. Tambahnya, kemalangan jalan raya itu membabitkan kereta dan lori tangki minyak.

Kakak saya meninggal pada Ramadan tahun 2013 ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja. Kemalangan jalan raya itu membabitkan kereta dan lori tangki minyak. Masa itu Afiq baru sahaja berumur empat tahun manakala adiknya pula dua tahun. Sekarang sudah tujuh tahun berlalu.

Ada sekali dia bertanya kenapa umi meninggal atau mana uminya pergi. Pertanyaan dia selalu buat kami sekeluarga sayu terutamanya ibu dan bapa saya. Uminya pernah berpesan kalau ada bulan Afiq perlu tidur. Sampai sekarang dia masih ingat pesanan itu. Afiq juga sangat trauma dengan kemalangan. Kalau tengok kemalangan masa awal-awal umi dia meninggal, dia (tubuh) menggigil.

Selepas kakaknya meninggal dunia, Afiq, adik dan ayahnya menetap bersama keluarga Fatin di Tumpat, Kelantan. Mengulas mengenai kehidupan dua anak saudaranya, Fatin memberitahu Afiq jenis yang suka bertanya jika dia rindukan ibunya manakala, adiknya sejenis pendam perasaan.

Sumber: Fatin Hanani Mohd Fauzai & Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×