berita

7 Lokasi Menarik Di Johor Yang Anda Wajib Kunjungi Sebelum Cuti Sekolah Berakhir!

December 3rd, 2018 | by Nisa Irina
Travelogue

Negeri Johor Darul Takzim sememangnya terkenal dengan destinasi percutian yang menarik. Sebelum cuti sekolah hampir tamat, apa kata ibu bapa bawa pula anak-anak jalan-jalan di Johor. Selain taman tema Legoland yang bertaraf international, banyak lagi tempat-tempat menarik yang anda wajib kunjungi!

Di sini admin ingin kongsikan beberapa tempat menarik yang mempunyai keunikannya tersendiri. Bolehlah anda luangkan masa bersama tersayang. Pasti cuti sekolah anak-anak kali ini lebih seronok dan bermakna!

1. MCM Studio

Dikenali sebagai taman tema indoor terbesar di Asia Tenggara dan ke-5 terbesar di dunia, MCM (Movie. Cartoon. Music) Studio mempunyai lebih daripada 20 jenis tarikan seperti VR, AR dan pelbagai rides. Taman tema ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama, Movie Planet, Cartoon Planet dan Music Planet.

Anak-anak juga berpeluang untuk beramah mesra dengan karakter kartun terkenal seperti Garfield, Larva, Harry & Bunnie, Chuck Chicken, Dino Core dan banyak lagi. Kunjungan ke MCM Studio pasti akan memberi pengalaman yang tak akan dilupakan buat seisi keluarga!

Alamat: Level 4, Capital City Johor Bahru (Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Tampoi, 81200 Johor Bahru)

2. Desaru Coast Adventure Waterpark

Jika anda ingin bawa keluarga bermain air, Desaru Coast Adventure Waterpark adalah tempatnya! Tarikan utama disini adalah Tidal Wave Beach, iaitu kolam ombak terbesar di dunia. Tarikan lain termasuklah rides seperti magnificent waterfalls, crazy torrent dan super tornado. Confirm kunjungan anda ke sini tidak akan sia-sia!

Alamat: Persiaran Pantai, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor

3. G-Kids (Greenland Kids)

Johor juga telah mengalu-alukan taman tema ke-12 ala-ala Kidszania dengan terbinanya G-Kids di Permas Jaya. Disini anak-anak berumur 4 hingga 17 tahun berpeluang untuk merasai dunia pekerjaan seperti orang dewasa. Taman tema ini mempunyai 29 bilik eksperimen untuk aktiviti seperti memasak, silap mata dan juga sukan.

Selain belajar skills baru, anak-anak juga dapat menentukan kerjaya apa yang mereka cita-citakan pada masa hadapan. Wahh.. menarik kan!

Alamat: Level 3, Stellar Walk, Jalan Persiaran Senibong, 81750 Johor Bahru, Johor

4. La Stella Waterpark

Tak perlu ke luar negara, La Stella Waterpark yang terletak di Starhill Golf & Country Club pasti memberi kepuasan untuk pengunjung. Keunikan dan suasana kolam renang di taman tema ini membuatkan pengunjung berasa seperti di luar negara.

Bayaran masuknya juga murah dan berpatutan. Jadi jangan lupa bawa keluarga anda ramai-ramai ke sini!

Alamat: Jalan Kampung Maju Jaya, Kempas Lama, 81300 Johor Bahru, Johor

5. The Moscow Circus

Jika anda dan keluarga peminat silap mata dan tidak pernah ke sarkas, inilah masanya! The Moscow Circus telah menggembirakan penonton di seluruh dunia dengan pelbagai persembahan bertaraf dunia yang menakjubkan.

Dengan itu, anda semua dijemput untuk berkunjung ke Johor untuk merasai sendiri pertunjukan sarkas yang memukau penonton. Circus tour ini telah berlangsung sejak 20 November 2018 sehingga 1 Januari 2019.

Alamat: Puteri Harbour, Iskandar Puteri Johor Bahru

6. Thempaktu (Dinosaur Kingdom)

Bawa anak-anak anda berjumpa Encik T-Rex dan rakan-rakan dinosaurnya di taman tema berkonsepkan haiwan terbesar di Malaysia, Themepaktu (Dinosaur Kingdom) yang kini dibuka di Puteri Harbour. Bermula 20 November 2018 sehingga 1 Januari 2019, rasai pengalaman seperti berada di zaman Jurassic dan berjumpa dengan haiwan-haiwan pra-sejarah ini.

Pasti anak-anak tidak akan bosan dengan adanya tarikan dan karnival seperti Dinosaurs Wildpark Live Show, Dinosaur Parade, Inflatable Dinosaur Island, Super Dinosaurs Performance dan banyak lagi.

Alamat: Puteri Harbour Parking, Iskandar Puteri, 79100 Nusajaya, Johor

7. Thomas Town & Sanrio Hello Kitty Town

 

Masih ingat pada karakter kartun kegemaran ramai Hello Kitty dan kereta api Thomas? Terletak di Puteri Harbour juga, kedua-dua taman tema indoor ini sesuai untuk seisi keluarga. Waktu anda seharian pasti tidak akan bosan dengan pelbagai tarikan yang comel-comel.

Jadi apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai bersuka ria di Thomas Town dan Sanrio Hello Kitty Town!

Alamat: Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 79000 Nusajaya, Johor

Sumber: Visit Johor