Rata-rata orang bila admin tanya apa ciri-ciri yang paaaaaaalinggg mereka mahukan untuk kulit muka mereka mesti diorang akan jawab “ Nak kulit glowing!”
Ha, korang pun mesti sama kan? Siapa tak nak kulit glowing weh, mudah nak pakai make-up, tak perlu risau-risau kulit kering ke dan sebagainya. Sebab bila kulit korang glowing maknanya kulit korang dapat segala nutrisi yang diperlukan, betul tak?
Ada macam-macam tips yang diberikan untuk dapatkan kulit glowing, tapi yang paling korang kena try yang admin senaraikan dibawah ni. Lagi-lagi yang 3 terakhir tu!
Makan makanan yang lebih vitamin C!
Pemakanan sebenarnya merupakan salah satu aspek yang penting bukan sahaja untuk muka tapi untuk tubuh badan kita. Bila makan makanan yang mempunyai vitamin C ia membantu perbaiki kulit kita dari dalam.
Minum air secukupnya
Hidrasi, hidrasi, hidrasi! Pergi lah kemana-mana doktor pun mesti akan suruh kita minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari!
Kurangkan mengambil makanan bergula
Percaya atau tidak, pengambilan gula yang berlebihan boleh merosakkan kolagen dalam kulit seterusnya membuatkan kulit korang tidak anjal!
Pakai sheet mask
Masukkan sheet mask dalam rutin penjagaan muka korang, confirm korang akan nampak perbezaannya!
Pemilihan toner sangat penting!
Nampak remeh tapi sebenarnya pemilihan toner ni sangat-sangat penting tau! Korang kena pastikan toner yang dipilih sesuai untuk kulit korang dan boleh melembabkan dalam masa yang sama.
Utamakan produk yang mempunyai Glycolic Acid
Produk yang mempunyai Glycolic Acid dikatakan boleh membantu untuk memudarkan bekas jerawat!
Wajib cari produk yang mempunyai ejen pencerah
Ejen pencerah ni bukan bermakna untuk korang jadi lebih putih melepak! Tidak guys, ini adalah untuk membantu hilangkan kulit kusam dan berikan tona yang sepatutnya untuk kulit muka korang! Sebab tu ianya penting!
Pening nak mula dari mana? Mulakan dengan menggunakan L’Oreal Paris Glycolic Bright Toner ni, glowing instant dalam 30 saat!
Kadang-kadang kita dah minum air, dah pakai sheet mask dan sebagainya masih lagi tak dapat kulit glowing. Ni kerana korang tak pakai skincare yang betul!
Sebenarnya, bukan hanya teknik atau langkah-langkah penjagaan muka je korang kena tahu tapi bahan-bahan yang digunakan dalam skincare tersebut merupakan perkara yang utama yang korang kena dititikberatkan.
L’Oreal Paris Glycolic Bright Toner ni boleh membantu untuk berikan kulit glowing serta merta seperti di klinik aesthetic! Paling best, kulit muka korang akan rasa smooth je lepas guna. Semuanya dalam 30 saat.
Lengkap dengan GLYCOLIC-BRIGHT GLOWING PEELING TONER, ia diformulasikan dengan 5% Glycolic Acid, yang mampu untuk membuatkan kulit korang nampak lebih fresh, lebih cerah, kurang bintik-bintik hitam dan glowing!
Ia juga telah di uji secara demartologi dan sesuai untuk digunakan untuk semua jenis kulit. Toner ni juga selamat untuk digunakan hari-hari!
Tambah Glycolic-Bright 1% Glycolic Acid Serum ni selepas pakai toner!
Nak kulit glowing ni korang kena ikut betul-betul keperluan kulit kita. Tak boleh la pakai satu je kan?
Dah pakai toner, wajib pakai serum ni untuk bantu boostkan lagi kecepatan efek kulit korang tu. Glycolic-Bright 1% Glycolic Acid Serum dari L’Oreal Paris ni boleh bantu untuk kurangkan bintik hitam sebanyak 57% dalam 4 minggu!
Wahh, confirm orang sekeliling terkejut tengok perubahan kulit korang ni nanti. Bila bintik-bintik hitam dan kurang, baru la kulit sebenar korang akan menyerlah dan nampak lebih sekata!
Lengkapkan rutin tersebut dengan krim siang dan malam dari variasi ini! Auto-flawless muka korang!
[picture as placeholder]
Nak effect yang lebih extra, lengkapkan rutin penjagaan muka korang dengan Glycolic-Bright Glowing Day Cream dan Glycolic-Bright Glowing Night Gel Cream.
Glycolic-Bright Glowing Day Cream ni terbukti secara klinikal yang ia boleh dijadikan pelindung kulit terhadap sinaran UV yang berbahaya. Dirumus dengan Asid Glycolic yang mencerahkan, membaiki kulit kusam dan mengurangkan bintik-bintik hitam seterusnya membuatkan tona kulit lebih sekata.
Sama fungsi seperti Day Cream, tetapi Glycolic-Bright Glowing Night Gel Cream ni lengkap dengan pelembab yang diformulasikan dengan ejen pencerah. Ia juga mempunyai Acid glikolik dan antioksidan Vitamin E yang membantu melawan kulit kusam sepanjang malam!
Memang patut lah kulit korang glowing kalau siang malam dijaga dan dilindungi!
Mudah je kan nak dapatkan kulit glowing?
[picture as placeholder]
Walaupun teknik kita betul tetapi jika produk yang digunakan tidak bersesuaian dengan kulit kita pun tak menjadi tau. Penat je korang beria ikut semua tips tersebut tapi tak dapat muka glowing dan sihat pun.
Paling mudah, ikut je tips yang admin dah senaraikan tu. Nak pakai apa dengan turutan yang mana pun dah tersedia. Hanya perlu ikut dan korang akan dapat kulit glowing secara instant!
Confirm asyik tengok cermin je lepas ni!
Korang boleh mula dapatkan kulit lebih cantik ni dengan klik link dekat SINI atau ke farmasi-farmasi berdekatan korang sekarang!