Misteri kehilangan seorang guru, Istiqomah Ahmad Rozi sejak lapan bulan lalu akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan mayat tanpa kepala, badan dan tangan yang ditemui di dalam tong sampah pada 31 Disember lalu adalah milik mangsa.
Artikel Berkaitan: Polis Tahan Sepasang Suami Isteri Berusia 36 & 37 Tahun
Artikel Berkaitan: Penyanyi Hamil 5 Bulan Dibunuh Suami, 7 Bulan Menghilang Rupanya Ditanam Belakang Rumah
Mayat guru hilang ditemui
Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintenden Ashari Abu Samah, perkara itu disahkan selepas hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dijalankan ke atas ibu mangsa pada 2 Ogos baru-baru ini adalah sepadan.
Difahamkan, polis telah menahan sepasang suami isteri berusia 36 dan 37 tahun di Chemor, Perak yang disyaki terlibat dalam jenayah tersebut.
Siasatan terhadap kedua-duanya kemudian membawa penemuan sebahagian lagi anggota badan mangsa iaitu tulang jari dan kepala kira-kira enam kilometer dari tempat pertama mayat mangsa ditemukan.
Suspek lelaki bagaimanapun disambung reman hari ini manakala isterinya telah dibebaskan mahkamah pagi Isnin kerana tidak terlibat dalam pembunuhan tersebut.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai kehilangan seorang guru sekolah yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja. Bagaimanapun, kereta serta kunci kenderaan yang dinaiki wanita berkenaan ditemui di sekitar Lotus Kota Masai pada 27 Disember lalu.
Media kemudian melaporkan tentang penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan berbogel dengan hanya beralaskan kain merah selain kepala, kedua belah kaki hingga ke paras lutut dan tangan dipercayai telah dipotong.
Sumber: Malaysia Gazette