Dari kecil sehingga ke peringkat dewasa amalan menabung merupakan salah satu nilai murni yang sering dipupuk pada setiap peringkat usia. Ada individu menabung untuk membeli sesuatu barang yang mereka hajati namun ada juga yang menabung sebagai keperluan wang semasa waktu kecemasan dan sebagainya.
8 bulan menabung, beli Kawasaki Ninja
Menerusi video yang viral baru-baru ini memaparkan aksi seorang wanita membawa beg plastik berwarna hitam berisi wang simpanannya selama lapan bulan untuk membeli sebuah motosikal Kawasaki Ninja 250 Special Edition. Menurut si perakam yang dikenali dengan nama Bangarik02, wanita dari Indonesia terbabit dikatakan datang ke kedainya untuk membeli motosikal idaman dengan menggunakan wang simpanannya.
Wanita yang juga merupakan pelajar sekolah menengah itu kemudian dilihat menghulurkan beg plastik hitam berisi wang 100,000 rupiah bersamaan RM 29.32 dan 50,000 rupiah (RM 14.66), serta beberapa bungkusan beg plastik jernih berisi duit syiling yang banyak.
Video pendek yang dikongsikan itu telah mendapat hampir 3.4 juta tontonan dan menerima pelbagai respon daripada netizen. Kebanyakan daripada mereka memuji kesungguhan wanita ini dalam menabung demi mencapai hasratnya untuk memiliki motosikal berkuasa tinggi itu.
Beli motosikal guna duit simpanan
Sumber: Bangarik02, Otosia