berita

8 Kali Tangguh Kahwin, Suami ‘Surprise’ Isteri Kereta Mewah Sempena Hadiah Perkahwinan..Untunglah!

April 12th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Terdapat banyak majlis perkahwinan yang tertangguh susulan daripada PKP. Namun, ada sesetengah pasangan yang ingin mempercepatkan perkahwinan mereka sebelum menjelang Ramadhan.

Begitu juga dengan pasangan ini, mereka terpaksa menangguhkan pernikahan mereka sehingga lapan kali dan akhirnya kali kesembilan mereka telah disatukan.

Setelah 8 kali tertunda, akhirnya selamat bernikah

Menerusi posting yang telah dimuat naik oleh Syahamimi Ezira, dia bersama suaminya meluahkan rasa gembira kerana akhirnya mereka selamat dinikahkan setelah lapan kali tertunda dan majlis resepsi itu hanya dihadiri oleh saudara mara serta rakan terdekat sahaja.

Hari yang indah bertambah indah apabila Syahamimi mendapat kejutan dari suami tersayang. Kejutan dibuat dengan menutup matanya sambil berjalan memegang tangan tanpa mengetahui ‘kejutan’ apa yang suaminya sediakan.

Apabila dia membuka penutup matanya, dia melihat sebuah kereta mewah di hadapannya yang telah dihadiahkan oleh suaminya itu semperna hadiah pernikahan mereka sekaligus hadiah hari lahirnya.

‘Disebalik ujian 8 kali tunda pernikahan’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ????????? ????? (@syahamimishahri)

‘Tahniah’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kebahagian mereka hingga ke Jannah dan ada juga diantara mereka menganggap kejutan yang diberi oleh suaminya itu sangat sweet.

Sumber : Syahamimishahri

SKIP THIS AD ×