
Semalam berlangsungnya Festivel Filem Malaysia yang ke 27. Bagi kami FFM27 berjaya mencapai objektif utama, iaitu memberi penghargaan bukan sahaja untuk artis, malah orang-orang di belakang tadbir yang menjayakan sesuatu filem. Tanpa orang-orang tu, mungkin sesuatu filem tak dapat dihasilkan.
Jom kita imbas kembali best moment dan juga awkward moment ketika berlangsungnya FFM27 semalam. Korang tengok ke tak? Huhuuu.
1) Persembahan pembukaan yang mantap!
Opening best duet Hazama & Indah #ffm27 @mrhazama1 @indah_ruhaila
A video posted by Mrs.Amy (@qasander) on Sep 5, 2015 at 9:43am PDT
2) Gandingan pengacara yang ‘masuk air’
A video posted by @zhafrishah on Sep 5, 2015 at 6:21am PDT
3) Persembahan ‘Tribute’ untuk seniman yang dah tiada..
Teruskan… Letak lagi… Antara bahagian terbaik… @mishaomar #FestivalFilemMalaysia27 #FFM27 #mishaomar
A video posted by Jamilah Bidin (@jamilahbidin) on Sep 5, 2015 at 8:42am PDT
4) Fazura menangis!
A video posted by PinoPanda (@pinopandakl) on Sep 5, 2015 at 7:48am PDT
5) Pakaian Shaheizy Sam tak mengikut tema & terlalu promote filem terbaru
Shaheizy Sam gagal mengikut tema pakaian yang ditetapkan. Selalunya bila tibanya anugerah berprestij macam ni mesti Shaheizy Sam menarik perhatian dengan pakaian yang segak.
Shaheizy Sam juga macam terlalu mempromosikan filem terbarunya. Agak over sikit..
6) Kami Histeria- 8 pencalonan, 0 anugerah
Filem Kami Histeria mengalami kekalahan terbesar dalam FFM27 dengan tercalon dalam 8 kategori tetapi pulang dengan tangan kosong
7) Filem Lelaki Harapan Dunia gondol anugerah paling banyak
Filem ini mungkin tak dapat sambutan ketika tayangan di pawagam, tapi berjaya memenangi 5 anugerah termasuk filem terbaik di FFM27.. Tahniah!
8) Alamak.. kekasih lama jumpa kembali! Hehe
Dulu dengar cerita Fazura dan Shaheizy Sam ni pasangan bercinta tapi terputus di tengah jalan. Ketika menyampaikan anugerah nampak awkward moment sikit di situ. Tapi kami pasti mereka berjaya handle perasaan dengan penuh profesional. Hehe