berita

8 Muzik Video Popular Trending Di Youtube Sepanjang 2018

December 7th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Sepanjang tahun 2018 menyaksikan banyak video di laman Youtube Malaysia mendapat perhatian penonton. Sebagai rangkuman untuk tahun ini, komuniti video dalam talian mengumumkan senarai Video Muzik Paling Trending di Youtube Malaysia yang telah meraih tontonan paling tinggi.

Admin kongsikan 8 Muzik Video Paling Trending di Youtube! Tak sangka lagu ini meraih kedudukan teratas buat tahun 2018.

1. Di Matamu

46 juta merupakan jumlah tontonan di Youtube bagi muzik video Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi. Lagu ini dilancarkan selepas hubungan cinta Sufian Suhaimi didakwa terputus di tengah jalan bersama seorang pelakon Malaysia. Di Matamu juga mempunyai nilai sentimental buat pendengar. Tidak terkejut jika lagu ini mendapat sambutan rakyat Malaysia.

2. Aqilah

Lagu Aqilah merupakan sekuel dari muzik video Zalikha nyanyian band Floor 88. Muzik video ini telah meraih 29.8 juta tontonan di laman Youtube.

3. Hikayat Ben Ladin

Lagu Hikayat Benladin nyanyian penyanyi kecil Ben Ladin ini telah meraih tontonan sebanyak 18 juta. Video ini dimuatnaik pada 19 Julai lalu di Youtube dan merdu didengar alunan muzik rap.

4. Aku Cinta AJL

Aksi nyanyian mantap dari pasangan duet Syamel dan Ernie Zakri di pentas Anugerah Juara Lagu 32 telah mendapat perhatian ramai. Video ini dimuatnaik 11 Februari lalu dan mendapat sebanyak 9 juta tontonan di Youtube.

5. Anta Permana

Lagu nyanyian penyanyi nombor satu negara, Dato Seri Siti Nurhaliza meraih sebanyak 6.9 juta tontonan. Lagu hasil ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong ini telah membuatkan peminat terngiang-ngiang bahagian korus lagu.

6. Bunga

Lagu Bunga nyanyian band Kugiran Masdo ini menjadi fenomena dalam kalangan anak muda. Kugiran Masdo antara salah satu band muzik yang sedang meningkat naik tahun ini. Lagu Bunga ini telah meraih kira-kira 5.7 juta tontonan.

7. Luar Biasa

Muzik video Luar Biasa nyanyian Ismail Izzani ft Alif ini dimuatnaik pada 26 Oktober lalu dan telah mendapat kira-kira 4.2 juta tontonan di Youtube.

8. Persembahan Ruffedge

Pasti ramai yang tertunggu-tunggu kemunculan kumpulan lagend ini. Mereka kembali menghiburkan peminat di acara Anugerah Meletop Era 2018 dengan nyanyian mudley Bila Rindu, Lemas, Tipah Tertipu dan Khayalan nyanyian Ruffedge. Video ini telah mendapat tontonan di Youtube sebanyak 3.7 juta.

Sumber: mStar

SKIP THIS AD ×