berita

“8 Pek Tapi Perencah 4” – Perencah Snek Tak Cukup, Netizen Serang Facebook Mamee Monster

June 16th, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Siapa je tak kenal snek Mamee Monster yang menjadi kegemaran kanak-kanak dulu, kini dan selamanya. Rasanya yang rangup malah harganya yang murah, kanak-kanak pasti akan beli tiap kali balik sekolah. Malah, orang dewasa pun suka bila dijadikan kudap-kudap!

Seperti mana kita tahu, snek Mamee Monster dijual dalam pek keluarga yang mengandungi 8 paket Mamee Monster. Baru-baru ini, Facebook Mamee Monster katanya diserang komen-komen netizen yang tidak puas hati dengan pek yang dijual tu!

Perencah tak cukup!

Kalau korang perasan, sesiapa yang beli pek keluarga Mamee Monster, ada 8 paket kat dalamnya. Tapi, perencah hanya ada 4 je. Mana cukup!

Betullah apa yang Dies Zyena cakap, kalau kita beli dekat kedai runcit, setiap pek Mamee Monster ada perencah, bukan asing-asing macam yang dijual dekat pasaraya. Ibarat korang beli mi segera satu pek ada 5 paket, tapi perencah ada 4. Mana cukup kan?

Perencah nak kena order online ke?

Admin faham perasaan korang bila buka pek keluarga Mamee Monster, ada 8 paket tapi perencah cuma 4. Mana cukup! Jadi, macam mana nak cukupkan lagi 4 perencah? Bak kata Khyrul Heyy, perencah nak kena order online ke?

Tapi kalau fikir balik, agak-agak ada tak seller online jual perencah Mamee Monster je? Hmm…

Tetap nak 8 perencah, bukannya 4 je

Nampaknya, netizen yang menyerang Facebook Mamee Monster ni betul-betul nak keadilan. Daripada 4 paket perencah, diorang nak 8 paket perencah untuk 8 paket Mamee Monster. Baru dapat rasa kerangupan dan keenakan Mamee Monster yang sebenar!

Mamee Monster dengar rungutan korang, nantikan pembaharuan daripada mereka September ini


Dalam diam, Mamee Monster sebenarnya teliti setiap aduan dan ambil peduli apa pelanggan mereka nak. Seperti mana yang dikongsi Mamee Monster dalam laman Facebook mereka, pek keluarga Mamee Monster yang dijual di pasaraya akan ditambahbaik bermula September ini!

Jadi, kalau dulu hanya 4 perencah untuk 8 paket Mamee Monster, lepas ni korang akan dapat 8 perencah dalam satu pek keluargaBest ke tak best? Tak adalah korang merungut lagi dan tak perlu nak share perencah dengan orang sebelah lagi lepas ni!

Dengan itu, korang boleh nikmati kerangupan dan keenakan sebenar snek Mamee Monster tanpa perlu berebut dan berkongsi perencah bermula September depan. Bestnya!

Untuk update terkini snek dan promosi daripada Mamee Monster, jangan lupa Like Facebook Mamee Monster okay!