berita

8 Pemain Bola Sepak Yang Trendy Pada Tahun Ini

December 15th, 2022 | by Aliff Haikal
Kini Trending

Tidak dinafikan sukan bola sepak sentiasa meraih populariti sehinggakan ia masih menjadi sukan paling diminati ramai di dalam dunia dengan lebih daripada 20 juta peminat dari 140 buah negara. 

Populariti bola sepak bermula dengan pemain bertaraf dunia yang bukan sahaja mempunyai kemahiran tinggi tapi memiliki paras rupa yang menarik perhatian sesiapa sahaja. Tak hairanlah bintang-bintang ni berjaya mencuri hati para gadis.

Jom kita cuci mata dan mengenali pemain yang sedang meraih populariti sekarang!

1. Alvaro Morata

Sumber gambar: Daily Mail

Pemain kelahiran Madrid, Sepanyol, Alvaro Morata dengan ketinggian 190cm ini bermain di posisi forward dan striker. Beliau kini menyertai pasukan Atletico Madrid serta mewakili negara dalam pertandingan dunia. 

Antara pencapaian Morata ialah memenangi piala UEFA European Under-21 pada tahun 2013. Wajah kacak Morata bakal memikat hati para peminat perempuan!

2. Jack Grealish

Sumber gambar: BeSoccer

Mempunyai gaya rambut yang unik dan ikonik, Jack Grealish bukan sahaja memiliki gaya rambut yang smart tetapi paras rupa iras-iras David Beckham. 

Beliau bermain di posisi winger atau attacking midfielder bagi kelab prestij liga perdana Inggeris, Manchester City dan turut mewakili negara beliau, England National Team. Mempunyai kemahiran bermain yang baik dan dianggap antara pemain kelahiran Inggeris terbaik, Grealish dianggap sebagai pemain harapan kepada peminat bola sepak negara-negara Inggeris.

Grealish turut mempunyai personaliti yang menarik dan sifatnya di luar padang menyebabkan beliau semakin trending di kalangan peminat bola sepak.

3. Cho Gue-Sung

Sumber gambar: Daily Record

Kepada peminat k-pop di negara sudah pasti mengenali pemain kelahiran Korea Selatan ini. Cho Gue-Sung meraih populariti dari peminat wanita kerana rupanya setanding dengan pelakon drama Korea. Walaupun memiliki wajah yang kacak, Gue-Sung mempunyai harapan cerah dalam kariernya kerana telah meraih pelbagai pengalaman dalam dunia bola sepak.

Mewakili kelab Jeonbuk Hyundai Motors, Gue-Sun bermain di posisi forward dan turut mewakili skuad pasukan negara Korea Selatan. Walaupun usianya muda, Gue-Sung berpotensi untuk menjadi harapan untuk negaranya melahirkan pemain bertaraf dunia.

4. Christian Pulisic

Sumber Gambar: Major League Soccer

Amerika Syarikat bukan dikenali sebagai sebuah negara yang melahirkan pemain berkaliber dalam dunia bola sepak, tetapi, Christian Pulisic memecah stereotaip dengan mewakili negaranya dalam pertandingan dunia.

Diberi gelaran oleh peminatnya, ‘Captain America’, Pulisic bermain untuk kelab liga Perdana Inggeris, Chelsea sebagai attacking midfielder atau winger. Pulisic mulakan kariernya di kelab Borussia Dortmund seawal 17 tahun dan mempunyai masa hadapan yang cerah dalam karier beliau.

Memiliki fizikal kelajuan, ketajaman dan kekuatan fizikal serta kematangan ketika di atas padang menyebabkan nama Pulisic sering kali disebut oleh peminat bola sepak.

5. Robert Lewandowski

Sumber gambar: Sky Sports

Dilahirkan di Warsaw, Poland, Robert Lewandowski bukan nama yang asing, beliau mempunyai peminat setia dan mampu menghangatkan perlawanan antara dua pasukan kerana kemahirannya di atas padang. 

Bermain di posisi striker, Lewandowski terkenal dengan teknik menjaringkan gol. Beliau dinobat oleh peminat antara striker terbaik pada generasi kini. Lewandowski telah menjaringkan sebanyak 500 gol sepanjang karier beliau.

6. Lionel Messi

Sumber gambar: Marca

Sebut sahaja namanya, Lionel Messi merupakan antara pemain bola sepak paling popular dan terbaik yang tak asing lagi dalam sukan bola sepak. Mempunyai kemahiran serta skil yang tiada pada pemain lain, Messi turutn diinobat sebagai ‘generational talent’.

Bermain di posisi forward, Messi meraih pelbagai anugerah bola sepak berprestij seperti Anugerah Ballon d’Or sebanyak 7 kali serta 6 anugerah European Golden Shoes. Messi turut membantu kelabnya memenangi sebanyak 35 trofi termasukalah 10 trofi La Liga, 7 Copa del Rey dan 4 UEFA Champions League.

Lionel Messi juga digelar ikon dan merupakan muka bagi sukan bola sepak dunia. 

7. Neymar Jr

Sumber Gambar: Psg.media

Dilahirkan di negara yang terkenal dengan pemain berkaliber taraf dunia, Neymar Junior dilahirkan di syurga bola sepak, Mogi Das Cruzes, Brazil. Dianggap antara pemain bola sepak terbaik pada generasi kini, Neymar bermain di posisi forward.

Terkenal dengan kemahiran menggelecek bola di kakinya ibarat sebuah tarian irama, Neymar merupakan seorang playmaker dan seorang penjaring gol prolifik. Mewakili kelab popular, Paris Saint-Germain, Neymar telah menjaringkan sekurang-kurangnya 100 gol untuk tiga kelab berbeza menjadikannya salah satu daripada tiga pemain yang mencapai rekod ini.

8. Cristiano Ronaldo

Sumber Gambar: Marca

Dianggap sebagai legenda dalam dunia bola sepak dan antara pemain terhebat sepanjang zaman, nama lagenda bola sepak ini tidak pernah putus disebut dalam kalangan peminat bola sepak. Memiliki wajah kacak dan menarik perhatian ramai peminat khususnya wanita, Cristiano Ronaldo memulakan karier pada tahun 2002 mewakili kelab bola, Sporting CP.

Cristiano Ronaldo atau ‘CR7’ meraih populariti dan menunjukkan bakatnya di kelab Manchester United pada tahun 2003. Bermain di posisi forward, beliau memiliki kemahiran menjaringkan gol yang tidak dapat direplikasikan oleh pemain lain.

Beliau memenangi pelbagai anugerah berprestij dalam kariernya seperti anugerah Ballon d’Or sebanyak 5 kali dan 4 Europen Golden Shoes. Cristiano turut membantu kelabnya memenangi sebanyak 32 trofi sepanjang karier beliau.

Mewakili negaranya, Portugal. Cristiano sentiasa menjadi idola bagi peminat bola sepak.

Hangatkan musim bola sepak bersama redONE & berpeluang untuk menangi Jersi Bola Sepak Qatar 2022

Bersama redONE, korang yang tengah ‘football fever’ tu berpeluang untuk menangi jersi bola sepak Qatar 2022 percuma dan voucher RM50 daripada Al-Ikhsan. Wow!

Mudah sahaja untuk korang join pertandingan ini, korang hanya perlu tukar kepada salah satu pelan redONE Postpaid Hybrid50 Unlimited Plan bermula RM50 sebulan sahaja. Dalam pelan ini terdapat:

  1. Internet Tanpa Had
  2. Panggilan Tanpa Had
  3. Tiada Kontrak
  4. Bermula RM50 sebulan

Bukan itu sahaja, redONE turut memperkenalkan pelan mampu milik COST-SAVING redONE Postpaid Amazing38 Plan bermula RM38 sebulan sahaja. Pelan ini termasuk:

  1. 50GB Data Internet
  2. Panggilan Tanpa Had
  3. Tiada Kontrak
  4. Bermula RM38 sebulan

Setiap pendaftaran bagi dua pelan postpaid ini memberi melayakkan korang untuk menyertai lucky draw Demam Bola redONE serta memenangi jersi bola sepak Qatar 2022. Korang boleh tekan di link ini!

SKIP THIS AD ×