Di Melaka, seorang kontraktor dan bekas isterinya berani membuat pengakuan yang mengejutkan apabila dicekup bersekediaman sejak lapan tahun lalu tanpa rujuk.
Sudah ‘tiada hati’
Ujar lelaki tersebut, mereka enggan rujuk semula kerana sudah ‘tiada hati’ antara satu sama lain. Namun begitu, mereka sanggup tinggal sebumbung seperti suami isteri. Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam (JAIM) Melaka, Datuk Che Sukri Che Mat, pasangan terbabit memberi alasan sedemikian ketika disoal penguat kuasa JAIM.
Bila ditanya mengapa tinggal bersama jika sudah tidak suka antara satu sama lain, mereka hanya diam saja. Hasil semakan mereka sudah mendaftar perceraian di pejabat agama, namun mengaku tidak pernah rujuk semula dalam tempoh edah dan sehingga kini.
Hakikatnya, lelaki itu dan bekas isterinya yang juga peniaga makanan bukan bercerai talak tiga dan mereka boleh rujuk semula sebagaimana disyariatkan dalam ajaran Islam.
Tambah Sukri lagi, pasangan itu turut memberi alasan masih tinggal sebumbung kerana anak-anak yang berusia 14 dan 17 tahun. Jelas Sukri lagi, ahli keluarga dan rakan pasangan tersebut sudah memberi nasihat agar pasangan berkenaan bernikah semula.
Hukum bersekediaman dengan bekas isteri adalah haram dan JAIM menasihatkan supaya pasangan itu segera mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama. Jika mahu rujuk semula, wajib bagi kedua-duanya mengadakan pernikahan baru.
Sumber: Harian Metro