Kalau kita perhatikan lelaki zaman sekarang ni ada dua jenis, iaitu lelaki lembut ayu dan juga lelaki tulen gagah perkasa. Haa, perhatian kepada wanita-wanita di luar sana! Sekarang ni kalau nak pilih boyfriend kena siasat betul-betul. Ye lah, mana tau tersilap pilihan ke kan. Tengok gambar kat instagram bukan main pergi gym angkat berat dengan muka garang tapi sebenarnya..
Mungkin tanda-tanda di bawah ni boleh membantu wanita-wanita di luar sana untuk menyiasat lelaki yang korang dah lama suka tu sebenarnya tak straight! sayang kan banyak lelaki handsome tapi tak minat kat perempuan? Hmm..
1. Amboi galaknya selfie..
Salah satu cara nak tau lelaki yang korang minat tu straight ke tak, korang boleh check Instagram dia. Kalau banyak sangat selfie dengan gaya ala “pout” seperti gambar di atas, berkemungkinan lelaki tu obses dengan diri sendiri atau pun nak belanja followers lelaki terpikat dengan dia.. Eh?
2. Metrosexual
Selain daripada kuat selfie, tabiat yang mereka amalkan adalah menjaga penampilan mereka sebelum keluar shopping atau lepak dengan kawan-kawan. Perfume pakai sampai setengah botol, bedak tepek di muka dan pelembap bibir mungkin?
3. Kawan perempuan lagi banyak dari lelaki
Lelaki tak straight juga mempunyai ramai perempuan lebih daripada lelaki. Ini mungkin sifat pemalu mereka untuk berjumpa dengan lelaki lebih daripada jumpa perempuan. Atau pun mungkin mereka sudah penat kena “Friend zoned”.
4. Rajin kemas rumah
Untung la siapa yang dapat duduk satu rumah dengan kaum ni. Sebabnya, rumah mereka mesti akan kemas dan tersusun.
5. Gemar tonton movie romantik
Mereka juga gemar menonton movie romantik berulang kali sampai menitis air mata. Paling tak pun, mereka akan meminati hero dalam movie tersebut dan akan cakap “Handsome nya mamat ni!” atau pun “Elok!”
6. Abam sado
Saiz badan juga bukan lah dapat menetukan sama ada lelaki itu betul-betul tulen. Kebanyakan abam sado nampak je badan berketak tapi hati lembut bak kapas.
7. Wallpaper handphone pakai gambar penyanyi 1 Direction
Letak gambar penyanyi terkenal 1 Direction, Harry Styles juga antara tanda-tanda yang membuatkan lelaki itu sebenarnya tak straight. Daripada letak gambar tu, baik letak gambar mak kita kan? sejuk hati tengok.
8. Minat lagu Beyonce
Meminati lagu penyanyi wanita terkenal seperti Beyonce, Christina Aguilera dan Katy Perry. Kalau nak tau lagi, cuba naik kereta dengan lelaki tu lihat sama ada mereka nyanyi bagai nak rak tak.