Nama pun mahkota setiap wanita kan, confirm kena jaga elok-elok! Bukan wanita yang freehair je kena jaga rambut, wanita bertudung lagi lah kena jaga tau. Jangan sebab kepala bertutup, korang tak jaga kesihatan rambut. Penjagaan rambut sama penting macam korang jaga muka juga.
Korang bekerja dari pagi sampai ke petang pakai tudung. Sah-sah la rambut korang bertutup dan tak boleh ‘bernafas’. Bila rambut dah tertutup sepanjang hari, ia juga menyebabkan kekeringan dan rambut gugur. No worries! Admin nak kongsi dengan korang macam mana nak dapatkan rambut yang sihat walaupun bertudung.
1. Kenali jenis rambut. Penting tau!
Setiap orang mempunyai jenis rambut yang berbeza. Rambut korang jenis lurus, kerinting atau ikal mayang? Amat penting untuk korang tahu jenis rambut supaya korang boleh decide cara penjagaan rambut yang terbaik.
2. Ketahui masalah rambut dan produk yang sesuai
Terdapat banyak jenis masalah rambut dan kulit kepala seperti rambut kering, nipis, tidak bermaya, rapuh dan yang paling tak boleh lari adalah rambut gugur. Stress kan bila pakai tudung tapi kepala gatal-gatal lepas tu banyak kelemumur dan rambut yang gugur.
Kenalpasti masalah yang korang hadapi. Lepas dah tahu korang ada masalah rambut apa, cuba cari produk rambut yang sesuai. Kalau korang tak pasti dengan sesuatu produk tu, cuba yang trial set dulu. Kalau tak sesuai, korang boleh cuba produk lain.
3. Consult pakar rambut. Diorang lagi tahu!
Sebaiknya korang pergi jumpa pakar rambut at least dua bulan sekali untuk mendapatkan rawatan dan nasihat diorang. Lagi bagus korang buat dulu ujian rambut dan kulit kepala korang.
4. Tak perlu cuci hari-hari
Korang boleh cuci rambut korang secara berkala, contohnya selang sehari atau bila korang rasa kulit kepala dah start berminyak. Sambil-sambil korang cuci tu, urut dan gosok kulit kepala perlahan-lahan menggunakan jari.
Kadang-kadang bila korang cuci rambut waktu pagi dan tak sempat nak kering, lepas tu korang terus ikat dan pakai tudung kan. Haa.. tabiat tu boleh buat rambut korang rosak dan berbau tau!
5. Guna serum & conditioner
Jika rambut korang melepasi paras bahu, make sure korang menggunakan conditioner selepas syampu rambut untuk rawat hujung rambut yang kering. Elakkan conditioner dari terkena pada kulit kepala.
Lagi satu korang jangan letak terlalu banyak conditioner sebab nanti rambut korang akan jadi berat dan berminyak.
6. Jangan bungkus rambut tu!
Hampir semua orang selalu bungkus rambut selepas mandi betul tak? Haa.. baik korang mengaku cepat! Nak tahu tak, sebenarnya tabiat korang tu tak elok untuk rambut tau sebab rambut akan jadi kerinting dan bercabang.
Sebaiknya korang keringkan rambut dengan cara gosokkan rambut secara lembut menggunakan tuala microfiber. Lepas tu korang biar rambut kering sendiri. Dah kering baru lah boleh sikat.
7. Jangan ikat ketat sangat ye
Lagi satu perkara penting yang korang kena tahu adalah jangan ikat rambut terlalu ketat atau terlalu tinggi. Pakai anak tudung yang selesa dan lembut untuk tutup anak rambut korang.
Cara ni untuk mengelakkan korang rasa pressure atau sakit kepala semasa bertudung dan membolehkan rambut korang tumbuh dengan baik.
8. Air, vitamin dan protein biar cukup!
Rahsia untuk mendapatkan rambut yang segar dan sihat adalah mengambil nutrisi harian yang mencukupi. Lebihkan minum air mineral, makan makanan yang sihat dan berkhasiat dan jangan lupa ambil vitamin untuk rambut.
Barulah rambut korang kekal cantik dan bersinar!
Senang je kan cara nak jaga rambut! Lagi-lagi korang yang berhijab tu. Tak payah susah-susah nak pergi dandan rambut kat salon bagai. Jimat duit hehe.. Semoga tips ni berguna untuk korang ye :)
Sumber: InTrend, Daily Vanity, HTV