Tak dinafikan, setiap pasangan yang bakal bergelar ibu bapa pasti pernah tertanya-tanya sama ada di awal kehamilan atau selepas bersalin, wajah si manja nanti akan mirip siapa? Hal ini secara tidak langsung mencetuskan ‘pertelingkahan’ kecil antara ibu bapa yang menginginkan si manja mengikut kriteria diri masing-masing.
Muka anak mirip suami
Ibu yang mengandungkan sembilan bulan, kemudian bersusah payah melahirkan, sekali bila keluar wajah anaknya mirip si ayah! Seorang wanita bergelar ibu yang dikenali dengan nama Tashaykam ada berkongsi satu video di TikTok dengan menunjukkan wajah bayi lelakinya yang dikatakan mirip dengan wajah si suami. Bukan setakat wajah sahaja yang si anak ‘copy paste’ malahan rambut dan warna kulit turut sama.
Tidak terhenti di situ, Tashaykam sempat memuat naik foto suaminya ketika masih bayi untuk dibandingkan dengan wajah si anak dan hasilnya wajah kedua beranak ini memang 99% sama! Wanita ini kemudian berseloroh mengatakan hasratnya yang mahukan wajah si anak seiras dengannya walaupun sedikit.
Di ruangan komen, kebanyakan para ibu turut berkongsi nasib yang sama dan mengakui agak ‘cemburu’ apabila anak yang mereka lahirkan lebih mengikut wajah si suami. Tetapi menurut mereka, itu semua bukanlah satu perkara yang penting, asalkan anak berada dalam keadaan sihat walafiat.
‘Like father like son’
‘copy paste’ muka bapa masa kecil
Sumber: Tashaykam