berita

9 Drama Pilihan Anugerah Skrin 2019 Yang Wajib Korang Tonton!

August 31st, 2019 | by Azizi Rahman
Shout Out!

Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) yang ditunggu ramai semakin hampir ke kemuncaknya! Bakal berlangsung pada bulan November nanti, anugerah berprestij ini merupakan anjuran TV3 bagi mengangkat karya terbaik dalam terbitan TV dan filem.

ASK 2019 kali ini membuka tirai dengan menanyangkan 9 drama pilihan pada setiap hari Ahad bermula 1 September hingga 27 Oktober 2019 pada jam 3.00 petang. Setiap tahun pasti akan ada drama-drama yang terbaik dari segi jalan cerita akan dicalonkan. Jadi apa tunggu lagi, standby depan kaca tv korang!

Neraka kasih maisarah

Drama arahan Along Kamaruddin ini mengisahkan seorang anak bidan terkenal, Maisarah telah mengandung anak luar nikah bersama kenalan aplikasi media sosial, Zakwan. Apa yang menarik tentang drama ini apabila Zakwan tidak mahu bertanggungjawab ke atas zuriat tersebut.

Ibu Maisarah tidak mahu membantu anaknya untuk menjaga zuriat tersebut lalu memberikan kepada Dijah yang sudah berkahwin tetapi tidak mempunyai zuriat. Maisarah sangat merindui akan anaknya. Apa kesudahan drama ini? Korang perlu saksikan lakonan mantap Mimi Lana, Laila Nasir, Shahz Jaszle, Raja Afiq dan ramai lagi.

Titi kayu

Lakonan Michael Ang yang dikenali sebagai Ah Lim atau Alim merupakan seorang Cina Peranakan di sebuah kampung yang disenangi penduduk kerana sikapnya yang peramah dan ringan tulang. Dia bersahabat baik dengan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun bernama Umar. Mereka berdua hidup berjiran namun rumah mereka dipisahkan oleh sebatang sungai yang membuatkan Alim terpaksa berkayuh basikal dengan jarak yang agak jauh untuk ke rumah Umar.

Bagi menyelesaikan masalah ini, mereka merancang untuk membina titi bagi menghubungkan jalan rumah antara mereka namun menerima bantahan orang kampung. Dapatkah Alim dan Umar meneruskan hasrat mereka? Saksikan!

Remuk

Remuk mengisahkan seorang warden penjara bernama Zakuan yang terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga demi melaksanakan tugas untuk negara. Keluarganya sentiasa menunggu giliran untuk Zakuan cuti beraya bersama-sama.

Satu lagi watak bernama Zamri merupakan banduan penjara atas kesalahan membunuh tanpa niat semasa menyelamatkan isterinya dari serangan perompak. Zamri dibawah jagaan Zakuan. Kisah mereka berdua yang mempunyai kaitan berkenaan hal keluarga pasti menyentuh hati.

Apakah kesudahan cerita ini? Jangan lupa tonton ya lakonan mantap barisan artis terkenal tanah air Saharul Ridzwan, Shukri Yahaya, Nabila Huda dan Wan Sharmila.

Samad tedung

Samad Tedung lakonan Faizal Hussien mengisahkan dia seorang yang panas baran sehingga tiada siapa yang berani tegur akan sikapnya itu. Namun, selepas isterinya Rusmila meninggal dunia gara-gara dia tidak mengambil peduli hal isterinya, anak-anaknya meninggalkannya. Apa yang bakal terjadi kepada Samad di masa akan datang? Korang tengok lah sendiri.

Wakaf dosa

Drama lakonan Dato Rosyam Nor ini menceritakan tentang seorang pelakon Bakri Zain yang sering kali memenangi pelbagai anugerah. Oleh hal demikian, pelakon lain iaitu Danial Muhaimin sering kali mencemburui populariti Bakri. Kemuncak cerita ini apabila satu video skandal seks Bakri bersama dua orang perempuan disebarkan dan viral di media sosial.

Siapakah dalang disebalik penyebaran video tersebut yang memfitnah Bakri? Akhirnya Bakri tersedar yang dirinya semakin lalai di dunia ini. Bakri akhirnya meninggal dunia akibat tekanan dan kemurungan yang berpanjangan. Dapatkah Bakri mengetahui dalang disebalik penyebaran video tersebut?

Bebaskan anak kita

Drama yang mengisahkan semangat patriotik ini pasti membuatkan korang cinta akan negara. Lakonan Dato’ Rahim Razali sebagai seorang bekas pengawal keselamatan Stadium Merdeka. Dia ingin membawa cucu-cucunya itu ke Stadium Merdeka dan berkongsi segala cerita suka dan duka bangunan itu, namun mendapat tentangan anak-anaknya. Adakah dia dapat menunaikan niatnya itu untuk memupuk semangat cinta akan negara terhadap generasi baru?

Terima kasih ibu

Terima Kasih Ibu mengisahkan tentang seorang ibu yang tidak pernah menegur kesalahan anak kesayangannya sehinggakan anaknya itu membawa masalah. Watak Nil sebagai budak yang bermasalah sejak di bangku sekolah sehingga terpaksa dibawa masuk ke sekolah juvana gara-gara memukul Kimi sehingga meninggal dunia.

Tidak terhenti disitu sahaja, apabila dia telah keluar dari sekola juvana, Nil terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah dan rompakan. Akhirnya dia ditangkap dan membuat ucapan terakhir kepada ibunya ‘terima kasih ibu kerana tidak pernah menegur salah dan silapnya’ sehingga dia sudah terbiasa melakukan kesilapan.

Batik Zakiah

Batik Zakiah pula menceritakan seorang ibu bernama Zakiah yang rindu akan anaknya yang masih kecil telah diculik oleh  suami dan isteri pertama suaminya. Kain batik itu merupakan alas anaknya tidur suatu ketika dahulu. Zakiah merupakan isteri kedua Azmi setelah diizinkan Maimun isteri pertamanya untuk bernikah. Tetapi dia dilayan seperti orang gaji seaktu tinggal sebumbung dengan Azmi dan Maimun. Adakah Zakiah berjaya mengesan anaknya kembali?

Restu ayah

Dalam drama Restu Ayah lakonan terbaik Azhan Rahi mengisahkan seorang anak tunggal bernama Azlan yang sangat manja dengan ibunya. Ayahnya pula tegas dan setiasa menegur kesalahan anaknya itu, namun anaknya mengamuk apabila ditegur.

Pada suatu hari ibu bapanya terlibat dengan kemalangan menyebabkan ibunya meningal dunia dan ayahnya lumpur. Azlan menyalahkan ayahnya atas kehilangan ibunya. Sampai satu ketika dia sedar akan kesilapan dirinya dan ingin mencapai restu ayahnya. Apa yang menjadi lebih malang, ayahnya meninggal dunia selepas itu.

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×