berita

9 Punca Wanita Berulang Kali Keguguran Setiap Kali Hamil

October 15th, 2019 | by Amirul Asraf
Kesihatan & Hidup Aktif

Anak memang satu anugerah yang tak ternilai buat pasangan suami isteri apatah lagi setelah setelah sekian lama berusaha. Iyalah rezeki masing-masing, ada yang baru sahaja berkahwin terus dikurniakan cahaya mata namun bagi yang kurang bernasib baik terpaksa menunggu lama.

Menerusi Facebook Dr Muhammad Izzat, dia berkongsi info mengenai hari keguguran sedunia. Menurutnya, keguguran sering terjadi dalam kalangan wanita disebabkan beberapa faktor utama. Namun, terdapat juga alternatif yang boleh dilakukan bagi memastikan kandungan selamat sehingga tiba waktunya. Jom baca!

Hari memperingati keguguran

Tanggal 15 Oktober setiap tahun merupakan hari memperingati keguguran sedunia. Apakah keguguran? Keguguran bermaksud kehilangan bayi sebelum 24 minggu kehamilan. Jika ianya berlaku pada 3 bulan pertama kehamilan dipanggil keguguran awal. Keguguran awal adalah perkara yang biasa berlaku 10-20 kes dalam 100 kehamilan ( 10-20%). Keguguran lewat berlaku selepas 3 bulan pertama kehamilan, tidak biasa berlaku 1-2 kes dalam 100 kehamilan ( 1-2%).

Apakah keguguran berulang-ulang? Bila keguguran berlaku 3 atau lebih berturut-turut dipanggil sebagai keguguran berulang ( recurrent miscarriages ). Berlaku dalam 1 dalam 100 pasangan yang cuba untuk mendapatkan zuriat

Kenapa berlakunya keguguran berulang-ulang dan keguguran lewat kehamilan? Kadang-kadang doktor dapat mengenalpasti sebab-sebab berlakunya keguguran lewat kehamilan. Walaubagaimanapun dalam kebanyakkan kes, doktor tak dapat mengenalpasti sebab-sebab berlakunya keguguran ini, lebih-lebih lagi jika semua ujian yang dijalankan adalah normal belaka.

Faktor keguguran lewat kehamilan

UMUR
Semakin berusia wanita itu, semakin tinggi peluangnya untuk mendapat keguguran. Jika wanita berusia lebih 40 tahun, lebih 1 dalan 2 ( 50%) kehamilan akan berakhir dengan keguguran. Bukan sahaja wanita, jika suaminya berusia pun, peluang untuk keguguran tinggi.

ANTIPHOSPHOLIPID SYNDROME ( APS)
APS adalah sindrom dimana darah seseorang wanita itu senang membeku dan menyumbang kepada keguguran berulang dan keguguran lewat kehamilan

FAKTOR GENETIK
2-5 dalam 100 pasangan ( 2-5%) yang mengalami keguguran berulang, salah satu pasangannya akan ada ketidaknormalan salah satu kromosom ( struktur genetik yang terkandung dalam sel manusia yang mengandungi DNA dan perwarisan dari ayah ibu ). Walaupun masalah genetik ini mungkin tidak menujukkan apa-apa masalah pada ayah atau ibu, tetapi ianya boleh menyebabkan keguguran.

Kelemahan pangkal rahim

PANGKAL RAHIM YANG LEMAH
Kelemahan pangkal rahim ( cervical incompetence ) boleh menyebabkan keguguran dalam 14 hingga 23 minggu kehamilan. Susah sikit untuk mengenalpasti keadaan pangkal rahim lemah ini untuk wanita yang tak mengandung. Mungkin ini adalah penyebabkan keguguran jika kehamilan sebelumya gugur dengan cara air mentuban pecah awal, ataupun pangkal rahim membuka awal walaupun si ibu tiada rasa sakit pun

PERKEMBANGAN BAYI TAK NORMAL
Perkembangan bayi yang tidak normal boleh menyebabkan keguguran tapi bukan penyebab keguguran berulang.

JANGKITAN KUMAN
Sesetengah jangkitan kuman yang sebabkan ibu menjadi tidak sihat boleh menyebabkan keguguran. Walaubagaimanapun bagaimana jangkitan boleh menyebabkan keguguran ini masih lagi dalam kajian dan kesahihannya masih belum pasti.

BENTUK RAHIM
Tidak sahih lagi faktor bentuk rahim yang tak normal boleh menyebabkan keguguran

Sistem imun tidak berfungsi secara normal

KENCING MANIS & MASALAH TIROID
Kencing manis dan masalah tiroid yang tidak terkawal boleh menyebabkan keguguran, walaubagaimanapun ianya tidak menyebabkan keguguran berulang-ulang asalkan masalah kencing manis dan tiroid ini dirawat dan dikawal sebaiknya.

FAKTOR IMUN ( Immune Factors )
Ada kajian mengatakan wanita keguguran disebabkan sistem imun mereka tidak berfungsi secara normal, dinamakan sebagai alloimmune reaction. Walaubagaimanapun, takda bukti sahih lagi yang menyokong kenyataan ini. Lebih banyak kajian diperlukan.

Berat badan berlebihan, merokok, pengambilan kaffein dan alkohol secara berlebihan.

3 kali keguguran potensi mengalami sekali lagi

Peluang untuk keguguran lagi meningkat bila berlakunya satu keguguran. Wanita dengan 3 kali keguguran berturut-turut ada risiko 4 dalam 10 peluang untuk mengalami keguguran sekali lagi. Penyiasatan yang boleh dilakukan untuk keguguran berulang-ulang :

Ujian darah dapat mengenalpasti Antiphospholipid syndrome dan thrombophilia. Selain itu, ujian darah untuk mengenalpasti ketidaknormalan kromosom jika bayi menunjukkan kromosom yang tidak normal.

Ujian darah untuk menentukan jangkitan kuman. Rawatan akan diberikan berdasarkan sebab-sebab berlakunya keguguran berulang-ulang ini. Jika doktor tidak dapat mengenalpasti sebab selepas melakukan pemeriksaan serta ujian-ujian yang berkenaan, wanita itu tidak perlu menerima rawatan.

Wanita dan pasangan sepatutnya mendapat rawatan serta kaunseling oleh pakar. Wanita yang mendapat sokongan perubatan dari awal kehamilan mempunyai peluang untuk mendapatkan kehamilan yang sihat. Walaupun tidak dapat mengenalpasti sebab-sebab keguguran berulang-ulang ini, 75 dalam 100 kes ( 75%) akan berjaya hamil sehingga kehujungnya. Tenangkan hati dan ingat bahawa kebanyakkan pasangan akan berjaya dengan kehamilan, walaupun pernah gugur 3 kali berturut-turut.

Sumber: Dr Muhammad Izzat

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×