berita

9 Tahun Jaga Jodoh Orang, Gadis ‘Bersanding’ Sendiri

March 23rd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Setiap pasangan yang bercinta pasti inginkan hubungan mereka diakhiri dengan pernikahan. Namun, tidak semua pasangan dapat capai impian sebegitu kerana jodoh itu merupakan rahsia daripada Allha S.W.T. Kita juga tidak mampu untuk melawan takdir andai pasangan kita itu bukan jodoh kita.

9 tahun bercinta dan dah tunang

Tular di media sosial, seorang wanita telah memuat naik video kekecewaannya dia TikTok. Di ‘caption’, dia mengatakan yang mereka sudah bercinta hampir 9 tahun dan sudah bertunang. Walau bagaimanapun, hubungan mereka makin retak sekitar Februari lalu. Dia mendapat tahu yang lelaki berkenaan telah berkahwin dengan pilihan hatinya sendiri pada 19 Mac 2021.

Video luahannya

Videonya di Tiktok kelihatan dirinya memukul ‘punching bag’ seperti sedang melepaskan kekecewaan yang dirasai selepas janji mereka untuk berkahwin tidak kesampaian. Hatinya lega apabila memukul ‘punching bag’ tersebut dah rasa beban yang dihadapinya kurang sedikit.

Dalam video itu juga, dia membakar segala hadiah pemberian bekas tunangnya serta tiket wayang kerana ingin ‘move on’ dan mulakan hidup yang baru.

‘Bersanding’ sendiri

Disebabkan tidak jadi bernikah, dia mengambil keputusan untuk ‘photoshoot’ bersendirian dengan mengenakan baju nikah serba putih. Menerusi ‘caption’ nya di Instagram, dia juga mengatakan yang lelaki berkenaan berjaya menaburkan janji dan kata-kata manis sehingga dia percaya.

tahniah kerana kau dah berjaya menabur janji & kata2 manis kepada aku sehingga aku percaya kau bulat bulat ! yang tak disangka itu lah banyak yang membuat kau jatuh & lalai segala galanya !! aku takkan pernah lupa walau sesaat pun

Dia juga tumpang gembira dengan pilihan hati bekas tunangnya itu dan mengucap tahniah kepada perempuan yang berjaya menambat hati lelaki tersebut.

aku nak ucap tahniah sangat kerana kau dah berjaya menawan hati si dia ! kau memang HEBAT ! aku harap kau dapat jaga dia lebih daripada sepanjang tempoh perkenalan kami !

Video penuh

@zizierdzn

9 tahun macam macam kita lalui bersama , and hari ni 19/3 kau kahwin dengan pilihan hati kau .. aku doakan kau bahagia dengan si dia

? original sound – Zizie.rdzn

Sumber : zizierdzn

SKIP THIS AD ×