Ookla, sebuah peneraju global dalam ujian kelajuan jalur lebar dan aplikasi diagnosis rangkaian berasaskan laman web, telah mengumumkan bahawa U Mobile mempunyai rangkaian mudah alih yang terpantas di Malaysia.
Kedudukan tertinggi U Mobile ini adalah berdasarkan data ujian kelajuan yang dikumpul oleh Ookla melalui aplikasi Android dan iOS miliknya dalam tempoh enam bulan. Lebih 5 juta keputusan ujian telah dikumpul setiap hari dan data tersebut telah dianalisa dengan teliti sebelum pemenangnya disahkan oleh pihak bebas.
1GB Percuma Untuk Sebulan!
Untuk meraikan pengiktirafan terkini U Mobile, 1GB selama sebulan kepada para pelanggan prabayar, pascabayar dan jalur lebarnya sebagai penghargaan di atas sokongan mereka. Tawaran ini sah dari 1 hingga 31 Disember 2015.
Sejak 6 bulan lalu, U Mobile telah memperkenalkan beberapa pelan mudah alih yang dianggap sebagai yang terbaik di pasaran hari ini termasuklah:
Pelan Pascabayar HERO P70 – 7GB
Data mudah alih dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian dengan hanya RM70 sebulan.
Pek Prabayar POWER – 1GB
Internet mudah alih percuma seumur hidup selagi kad SIM mereka kekal aktif.
iPlans
Menawarkan salah satu peruntukan data yang tertinggi, panggilan tanpa had ke semua rangkaian dan pelan pembiayaan peranti Flexi U MicroCredit U Mobile yang memudahkan pengguna untuk memiliki iPhone 6 dan lebih fleksibel kerana tidak memerlukan kad kredit.