Mengembara merupakan salah satu hobi yang menjadi kegemaran ramai. Tidak kiralah di dalam atau luar negara, yang pasti ianya akan meninggalkan kenangan yang manis selain dapat merehatkan minda.
Perkongsian gadis ini menggembara di negeri bawah bayu, Sabah pasti membuatkan anda terpegun. Dengan bajet yang minima, anda boleh ikuti tips ini.
Trip 4D3N Semporna Sabah , Malaysia
Semporna adalah sebuah bandar di pulau Borneo, di negeri Sabah. Semporna adalah pintu masuk ke Taman Laut Tun Sakaran iaitu syurga pulau terkenal di dunia atau lebih dikenali sebagai “The Coral Triangle” seperti Sipadan, Mabul, Kapalai, Mataking, Sibuan, Mantabuan, Siamil dan Pom Pom antara lain. Pelancong ke Semporna kebanyakannya untuk berehat atau melakukan sukan air seperti menyelam atau snorkeling.
Day1
1. KL-Tawau 7am-10am
Van transfer dari Tawau ke Semporna
– Ambil masa 1 jam 30 minit dari Tawau,sempat topup tidur lagi before nak teroka Semporna2. Check in Hotel , Semporna
– Rehat n mandi selepas 12jam berkampung di KLIA3. Luncheon , Semporna
– Try Sup Payau Kunak ( tak sure ejaan betol ke tak ) di Bukit Tengkorak, Semporna
– Sesi training panjat tangga warm up untuk Bohey Dulang * view cantik macam Broga Hill org cakap lahh
Dinner
– Try Nasi goreng seafood (seafood dekat Semporna fresh2 )
Day2
1. Layan sunset dekat area Pekan Semporna
2. Breakfast try Nasi Kuning – style breakfast orang-orang di Semporna Sabah dibalut dalam daun pisang
3. Boat transfer (8am-5pm)
– Pulau Sibuan (air macam cermin *tengok air tengok muka sendiri ) ,
– Pulau Maiga (charity *bawa jajan dari pekan sedekahkan untuk anak2 bajau disini )
– Pulau Tatagan (charity *bawa jajan dari pekan sedekahkan untuk anak2 bajau disini
– Pulau Bohey Dulang (hiking sampai puncak *view dijamin puas hati (Luncheon *bawa bekal dari pekan makan dekat jetty Bohey Dulang – view menghadap Bohey Dulang, nak view menghadap laut pom boleh)
– Pulau Mantabuan (snorkelling usha2 tengok nemo penyu *kalau rezeki jumpa)
Dinner
– Beli seafood fresh dekat tepi2 jalan, mintak tauke kedai masak *seafood murah2
Day3
1. Layan sunrise tepi jetty Semporna sambil makan Nasi Kuning lagi di kaki-kaki jetty Semporna Boat Transfer (8am-5pm)
– Pulau Kapalai ( snorkeling sampai lemas)
– Pulau Mabul ( snorkelling and round island *tengok anak2 Pulau Mabul create permainan mereka sendiri *mereka tidak terdedah dengan gadget (Luncheon *bawa bekal dari pekan makan santai di Pulau Mabul)
– Pulau Gusungan (charity *bawa jajan dari pekan sedekahkan untuk anak2 bajau disini)
– Tampi-Tampi (Extra aktiviti dan popular di Semporna Sabah *terjun sampai lemas )
Dinner
– makan besar *satu meja penuh seafood
Day4
1. Breakfast try pulut yang dibalut dalam daun pisang lupa apa nama – Boat Transfer (8am-12noon)
– Pulau Mataking (The Best Coral View pulau yang berdekatan sempadan Filipin )
– Pulau Timba-Timba (snorkeling cari nemo dan nak terjun dari jetty pom boleh )
– Pulau Pom-Pom (private island *sesuai siapa yang baru nak belajar berenang kat sini)2. Luncheon
– try Nasi Lalap *macam Nasi Ayam Penyet cuma versi Sabah3. Checkout , Semporna
-Van transfer dari Semporna ke Tawau Airport Tawau-KL 8pm-1130pmUntuk 4D3N transport (boat + van) , local guide , permit Marine Park , accommodation , snorkeling gear , breakfast + lunch sebanyak RM599.00 ( seorang )
Total hangus : RM 599.00
**Tidak termasuk tiket flight , makan dinner n own expensive: zn.kzaman / Zarith NAdila KZaman
Sumber : Zarith NAdila KZaman