Jodoh dan pertemuan hanya Tuhan sahaja yang tahu. Biarpun sesetengah pasangan telah bersulam cinta selama 10 tahun sekali pun, jika tidak berakhir ke jinjang pelamin bukan itu lah pasangan sehidup semati. Mungkin ada individu diluar sana yang akan lebih memahami, lebih sesuai.
Perkara itu boleh dikaitkan dengan kisah lelaki bernama Deddy Setiawan. Dia bercinta dengan kekasihnya hampir 10 tahun tetapi jodoh tidak panjang. Lihat kisah melalui foto-foto yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter ini. Semoga tabah bro!
Bercinta dari tahun 2008
Foto-foto ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama Issey Farran, menceritakan kisah seorang lelaki terpaksa terima hakikat bahawa jodohnya dengan gadis pilihan tidak kesampaian. Melalui foto di bawah ini, mereka bercinta hampir 10 tahun tetapi akhirnya..
Dari zaman remaja hingga ke alam pekerjaan
Selepas 9 tahun bersama akhirnya..
Akhirnya gadis itu berkahwin dengan lelaki lain. Tetapi lihat lah, walaupun gadis itu menamatkan zaman bujangnya bersama orang lain tetapi dia tetap hadir untuk menyaksikan sendiri hari bahagia bekas kekasihnya.
Berdoa agar dapat yang lebih baik
Sabar ya Deddy? Mungkin apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya dan kami pasti jodoh anda ada diluar sana.
Sumber: Twitter issey farran