Selepas sebulan berlangsung, akhirnya kempen Piala Dunia 2018 melabuhkan tirai malam semalam dimana pasukan bola sepak Perancis muncul juara, menewaskan pasukan Croatia 4-2. Selain menyaksikan Perancis mencipta sejarah, peminat bola sepak dunia tertarik dengan karakter ditunjukkan oleh Presiden dari Croatia, Kolinda Grabar-Kitarovic.
Menurut beberapa sumber, Kolinda tidak pernah terlepas untuk menyaksikan pasukan negara beraksi dalam Piala Dunia. Bukan itu sahaja, malah Kolinda turut duduk di bahagian tempat duduk penyokong.
Rendah diri & sporting
"We'll be coming back as winners!"
Croatia President Kolinda Grabar-Kitarovi? sends a good luck message to her team. #FRACRO #WorldCupFinal pic.twitter.com/QQDAJXoPUj
— CNN Sport (@cnnsport) July 15, 2018
Presiden Croatia, Kolinda Grabar-Kitarovic telah menarik perhatian dunia apabila kelibatnya di dalam siri Piala Dunia kali ini telah membuatkan ramai ‘jatuh cinta’. Presiden yang berusia 50 tahun itu dikatakan hanya naik kelas ekonomi untuk ke Rusia dan menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium di tempat duduk penyokong.
Kolinda juga dilihat tidak kisah pakaiannya basah akibat hujan ketika sesi penyampaian hadiah.
Croatia’s president tearful as modric gets golden ball. great moment pic.twitter.com/pQK601loqo
— Alor Kaka Deng (@Alorkaka) July 15, 2018
Ramai ingin jadikan Presiden Croatia sebagai contoh, idola
Croatia’s amazing President hugging absolutely everyone for an uncomfortably long time like an over-enthusiastic mum is a joy to behold#WorldCupFinal pic.twitter.com/s51U81BEUE
— Hannah Jane Parkinson (@ladyhaja) July 15, 2018
Sedikit info mengenai Kolinda, dia pernah melanjutkan pelajaran di Vienna, Zagreb, Washington DC dan Harvard sebelum menamatkan pengajiannya dalam bidang kedoktoran di negara asalnya (Croatia) tiga tahun lalu. Kolinda berkebolehan untuk berbahasa Inggeris, Sepanyol dan Portugal. Selain itu, dia mempunyai sedikit pengetahuan mengenai bahasa Perancis, Itali dan Jerman.
Kolinda menjadi Presiden keempat Croatia pada Februari 2015 dan merupakana wanita pertama melakukannya.
Sumber: Twitter, CNN Sport