

Pelakon Datin Intan Najuwa mendedahkan zaman kecilnya tidak dimewahkan oleh kedua-dua ibu bapanya malah bekerja keras sendiri untuk mendapatkan apa yang dia mahu.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Syukur Suami Mudahkan Urusan, Bayar 3 Pembantu & Jururawat ‘Private’ Jaga Anak – ‘Lega Sangat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Intan Najuwa Makin Kurus, Netizen Pula Masih Tak Puas Hati – ‘Nanti Beranak Anak Kedua Kembang La Kau’
Ibu bapa tegas

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, berkata ibu bapanya sangat tegas dalam mendidik dia dan adik-beradiknya.
Disebabkan itu, apabila menjejaki usia dewasa Intan mula untuk bekerja keras sehingga dapat memperoleh apa yang dia mahu pada hari ini.
Waktu kecil saya tidak dimewahkan pun. Ibu dan ayah saya sangat tegas dalam mendidik.
Tetapi apabila sudah besar dan bekerja, saya bekerja keras.
Saya belajar dan kerja bersungguh-sungguh nak dapatkan apa yang saya mahu.
Pelakon drama Jodohku Babysitter itu berkata demikian selepas seorang individu membuat perbandingan hidupnya dengan artis lain.
Mengulas lebih lanjut, Intan berkata dia hanya menjalani kehidupan terbaik tanpa mahukan sebarang saingan dengan orang lain.
Saya hanya lakukan hal saya tanpa cuba untuk please sesiapa.
Bukan nak hidup lawan siapa yang terpaling humble. Maaf tetapi ia agak menjengkelkan.
Sumber: Threads








