Norreen Iman

Bermula dengan kerjaya sebagai pempengaruh media sosial dan kemudian bergelar pelakon, Norreen Iman mengakui ada perbezaan di antara dua bidang kerja tersebut.

Artikel Berkaitan: Norreen Iman Syukur Ada Suami Macam Razzi, Pernah ‘Struggle’ Nak Beli Lampin Anak – ‘Ini Semua Fasa Kehidupan’

Artikel Berkaitan: Norreen Iman Syukur Kes Buli Anak Di Sekolah Selesai – ‘Biasalah Proses Perkembangan Kanak-Kanak, Semoga Tidak Berulang Lagi’

Beza artis dan influencer

Norreen Iman

Menurut Norreen, selebriti dikenali dengan bakat yang dimiliki yang sememangnya lahir dalam diri masing-masing dan bakat itu tidak boleh dibeli.

Manakala, pempengaruh dikenali dengan konten yang dihasilkan dan perlu ‘menjual diri’ supaya mampu menarik mana-mana jenama untuk menggunakan khidmat mereka.

Perbezaan adalah artis mempunyai ‘skill’, bakat dan ada pengikut tersendiri. Paling penting bakat yang dimiliki pada artis tidak boleh dijual beli.

Bakat itu perlu seiring dengan ilmu yang dicari dan faham tentang ‘skill’ kerana itu berkaitan dengan seni.

Kalau influencer pula lebih kepada menarik pengikut di media sosial dan menarik ‘brand’ supaya gunakan khidmat mereka.

Influencer atau pencipta kandungan perlu kekal relevan sebab setiap hari akan ada influencer baharu muncul.

Norreen berkongsi perkara itu menerusi podcast Suhan Channel Official.

Saling memerlukan

Norreen Iman

Berkongsi lanjut, Norreen berpendapat, pada era kini, selebriti dan pempengaruh saling memerlukan antara satu sama lain.

Kadang kala dalam industri seni pun memerlukan influencer. Daripada ‘brand’ membayar iklan, mereka lebih tertarik gunakan khidmat influencer.

Setidaknya orang macam kami (golongan pempengaruh) boleh membantu pihak tertentu. Skop influencer sangat besar, bagaimanapun tetap tidak boleh dibandingkan dengan artis.

Dalam pada itu, Norreen berkata, dia tidak menyangka media sosial yang pada awalnya medium untuk menghasilkan konten menjadi pintu rezeki bergelar pelakon.

Macam saya banyak buat konten kelakar dan daripada situ ada yang nampak lalu panggil saya jadi pelakon. Menjadi influencer secara tidak langsung membuka peluang menjadi pelakon.

Sumber: TikTok