

Pendakwah bebas, Da’i Wan terpanggil untuk memberikan teguran buat pempengaruh Jofliam dan bekas isterinya, Cik Epal susulan konflik antara mereka yang tular di media sosial.
Artikel Berkaitan: Ika Nabella Anggap Konflik Cik Epal & Jofliam Boleh Selesai Cara Baik, Risau Minda Han & Yuki Terganggu – ‘Tak Malu Ke Anak Tengok Depan Mata?’
Da’i Wan titip pesan

Menerusi hantaran panjang lebar di Instagram (IG), Da’i Wan atau nama lengkapnya Wan Dazrin bin Wan Din menyeru kedua pempengaruh itu untuk berhenti berkongsi mengenai persengketaan mereka di media sosial.
Sebaliknya, Da’i Wan berpesan agar Jofliam dan Cik Epal selesaikan konflik yang ada secara tertutup.
Salam Cik Epal dan Jofliam, saya minta berhenti sekarang. Selesaikan hal keluarga anda di belakang tabir.
Jangan jadi punca fitnah, jangan jadi punca rantaian dosa yang akan buat anda berdua kesal di hari akhirat nanti. Please, this has to stop.
Saya cukup tak suka nak campur tangan pasal hal rumah tangga orang, tapi saya melihat kalian berdua tidak tahu berhenti, melainkan authority kena turun dulu agaknya.
Berundurlah dari sosial media seketika, dan hiduplah dibelakang sosial media pula, jangan jadi fitnah dunia, jangan jadi punca rantaian dosa. Berat tak tertanggung di hari akhirat nanti.
Gunalah cara Islam
View this post on Instagram
Dalam pada itu, bekas peserta Da’i ini turut berpesan kepada Jofliam dan Cik Epal untuk menyelesaikan konflik yang berlaku mengikut cara Islam.
Bukalah pintu kemaafan masing-masing. Ikutlah jalan agama kita wahai Cik Epal dan Jofliam.
Meski jodoh tidak menakdirkan bersatu, tapi ikatan anak-anak telah tercipta dengan tanggungjawab.
Peganglah amanah dengan kasih dan sayang, bukan dengan amarah nafsu dendam yang tak berkesudahan.
Kembalilah, betulkan semula, dan hentikan semua ini.
Terdahulu, Cik Epal mendakwa dikasari oleh Dewi ketika mengambil barang-barang miliknya di kediaman bekas suami, Jofliam.
Tidak berdiam diri, Dewi telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.
Untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam mengumumkan perceraian mereka pada 9 Oktober tahun lalu. Pasangan itu mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Sumber: IG Da’i Wan








