

Pelakon Izara Aishah mengakui bahawa dirinya kini lebih berhati-hati dalam memilih projek lakonan demi menjaga kualiti kerjaya seni serta masa bersama keluarga.
Artikel Berkaitan: ‘Lebih Selesa Katakan Yang Saya Akan Cuba Perbaiki Diri’ – Izara Aishah
Artikel Berkaitan: Izara Aishah Tak Kisah Pakai Baju Raya Tahun Lepas – ‘Saya Terlalu Sibuk Bekerja’
‘Saya tak nak lah ambil drama yang asal boleh’

Ketika ditemui OhBulan!, Izara mngakui masih aktif dalam dunia lakonan dan menjelaskan bahawa dia kini lebih memberi keutamaan kepada projek filem dan siri berskala besar berbanding drama biasa.
Saya sekarang memang sangat memilih, kalau ada naskhah yang bagus insyaAllah saya akan terima. Saya tak nak lah ambil drama yang asal boleh.
Saya lebih fokus kepada filem, super series daripada drama.
Dalam memilih naskhah, Izara turut menyatakan minat mendalam terhadap cerita berunsur kekeluargaan dan kisah benar yang membawa nilai pengajaran.
Saya suka naskhah yang bercerita tentang keluarga dan kisah benar bukan tentang cinta. Mana mana cerita kisah benar yang boleh beri pengajaran, baru saya terima.
Izara berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka anjuran pelakon, Puteri Sarah yang diadakan di restoran Shook!, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Pelakon drama Keluarga Itu ini juga akui dia lebih selesa mengambil watak sampingan atau watak sokongan bagi membolehkannya meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga tercinta.
Lagi satu saya lebih suka watak sampingan atau sokongan daripada watak utama. Sebab saya akan ada lebih banyak masa dengan keluarga. Kalau watak utama, tempoh penggambaran akan lebih panjang.
Meskipun penghijrahannya membawa sedikit perubahan dalam menerima tawaran lakonan, namun tetap positif dan menyesuaikan diri dengan keperluan imej baharunya.
Ditanya tentang keseimbangan antara kerjaya, keluarga dan perniagaan, Izara bersyukur segala-galanya berjalan lancar dengan sokongan penuh suami tercinta.
Alhamdulillah buat masa sekarang tak ada masalah untuk bahagikan masa untuk keluarga, kerjaya dan bisnes.
Suami saya juga sangat memahami dan dia juga yang galakkan saya untuk teruskan berlakon tapi saya yang berat hati sebab kena tinggalkan anak-anak. Saya kalau bab anak ni memang saya kalah.
Dalam masa sama, Izara turut menepis dakwaan bahawa dia pernah mengundur diri dari dunia seni.








