Pelakon berpengalaman, Noorkhiriah tampil menjawab teguran daripada warganet berikutan melakonkan babak bersentuhan.

Artikel Berkaitan: Noorkhiriah Dapat Hadiah Kain Kafan Sempena Hari Lahir Dari Suami

Artikel Berkaitan: Noorkhiriah Kecewa Ramai Selebriti Buka Tudung – ‘Semoga Dibuka Kembali Pintu Hidayah Allah’

Babak bersentuhan

https://www.tiktok.com/@nurshapie_/video/7497099621051747585?_r=1&_t=ZS-8vpbQVs6Z0q

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, terdapat seorang warganet menegur Noorkhiriah yang dilihat melakonkan babak bersentuhan dengan aktor Azhan Rani menerusi drama Seribu Tahun.

Tidak cepat melatah, Noorkhiriah atau nama lengkapnya Noorkhiriah Ahmad Shapie kemudian memberi respon terhadap komen tersebut.

Saya faham, niat tak menghalalkan cara walaupun berlapik (bersentuhan).

Saya sedaya upaya cuba untuk tidak bersentuhan dan berlapik tetapi itulah kadang kala terbabas.

Sementara itu, Noorkhiriah turut menjelaskan bahawa dia ada menggunakan khidmat pelakon pendua.

Nanti akan ada satu babak, watak saya akan didukung. Tetapi yang didukung itu bukan saya, dia adalah pelakon pendua.

Saya jelaskan di sini supaya supaya nanti tidak ada yang berkata-kata dan bertanya.

Akui khilaf

 

View this post on Instagram

A post shared by @khiriah17

Dalam masa yang sama, aktres berusia 49 tahun itu mengakui kekhilafannya dan berterima kasih terhadap teguran yang diberikan.

Mungkin kesilapan saya juga sebab saya memberi ruang untuk orang kecam.

Terima kasih untuk setiap teguran. Yang baik dari Allah, yang buruk daripada saya.

Saya berusaha menjadi yang lebih baik daripada yang sebelum ini.

Sumber: TikTok Noorkhiriah