Pelakon, Ruhainies sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas memuat naik foto menerima sejambak bunga.

Artikel Berkaitan: Kes Khalwat: Menteri Agama Sahkan Aliff Aziz & Ruhainies Mengaku Bersalah, Bayar Denda RM3,000 – ‘Sudah Selesai, Tutup Buku’

Artikel Berkaitan: Ruhainies Respon Dakwaan Bercinta Dengan Aliff Aziz, Berbalas Emoji ‘Love’ – ‘Kami Saling Menyokong & Berkongsi Nasihat’

‘Siapa ni asyik hantar bunga je, bila nak hantar rombongan?

Menerusi hantaran yang dikongsikan semula oleh peminat di TikTok, Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, memaklumkan bahawa dia sering menerima kejutan bunga daripada pengirim misteri.

Namun lebih mencuri tumpuan bukan sekadar bunga, tetapi kapsyen bersahaja yang ditulis pelakon Hello, Tak Siah! itu.

Siapa ni asyik hantar bunga je, bila nak hantar rombongan?

Kapsyen itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengikut dan peminat yang mula membuat spekulasi tentang status hubungan pelakon itu.

Ada yang menganggap ia hanyalah gurauan, namun tidak kurang juga yang percaya Ruhainies mungkin sedang menjalin hubungan istimewa secara tertutup.

Komen netizen

Sumber: TikTok