Pelakon terkenal, Fattah Amin meluahkan rasa syukur dengan memiliki 1 juta pengikut di akaun rasmi TikTok miliknya, sekali gus, berterima kasih pada semua pihak yang terlibat.

Artikel Berkaitan: Fattah Amin Dah Sediakan Duit Raya Untuk Fatima, Teruja Nak Sambut Lebaran Bersama

Artikel Berkaitan: Fattah Amin Mengaku Silap Peluk Kaki Melissa Campbell – ‘Saya Separa Sedar, Terlampau Menjiwai Watak’

Terselit gambar Amira Othman?

@fattahaminAlhamdulillah syukur, tiada apa selain ucapan terima kasih pada anda semua ??? BARUDAK PHONK TERROR – DJ VINNIE PARGOY

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin, 35, dilihat menggabungkan beberapa klip potongan video menjadi satu video ringkas.

Perkongsian itu meraih lebih 1 juta tontonan di TikTok apabila pelakon berusia 35 tahun itu menyelitkan beberapa momen bersama rakan kerjanya, Amira Othman.

Alhamdulillah syukur, tiada apa selain ucapan terima kasih pada anda semua.

Menerusi tinjauan OhBulan!, pelantun lagu ‘Bila Nak Kahwin?’ itu turut meninggalkan komen dengan mendoakan Fattah agar lebih sukses di masa hadapan.

Tahniah! Tapi kenapa ada gambar rakan sekerja awak?

Semoga Fattah Amin terus murah rezeki. Teruslah jadi orang baik.

‘Hint direct sangat ni bang’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan personaliti Fattah yang dikatakan ‘lurus’ dalam memberi petunjuk mengenai hubungannya dengan Amira Othman.

Sumber: TikTok @FattahAmin