Di TikTok, tular satu momen memaparkan pelakon dan penyanyi, Erissa Puteri yang sedang menjalani upacara bersiram.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atiq Azman Tamat Zaman Bujang, Sah Bergelar Suami Alia Natasha – ‘Hai Isteriku’

Tamat zaman bujang?

@budak.tadika Bukan mudah kann? untuk melepaskan… Tak sangka, majlis macamni begitu emosi?? @erissa puteri hashim ?? #fyp #fypviral? #xyzabc #erissaputeri #pengantin #parents #keluarga ? original sound – Budak Tadika

Menerusi video dimuat naik @budak.tadika, Erissa yang begitu berseri dilihat sedang duduk di atas bangku sebelum upacara tersebut dilakukan oleh kedua ibu dan bapanya.

Tiga beranak itu kemudiannya tidak dapat menahan sebak sebelum menitiskan air mata ketika upacara tersebut.

Perasaan kali terakhir siramkan anak.

Waktu kecil, mak ayah mandikan tetapi selepas ini dah bertukar tanggungjawab tersebut.

Anak perempuan akan jadi amanah suaminya.

Komen netizen

Perkongsian itu menjadi tular dan meraih lebih 2,700,000 tontonan dan lebih 183,000 tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berteka-teki adakah Erissa bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa yang terdekat.

Terdahulu, Erissa sah bertunang bersama lelaki pilihannya yang bernama Daniel Iskandar pada Januari lalu.

Sumber: TikTok budak.tadika