Pelawak terkenal, Shuib menyifatkan persahabatannya dengan rakan baik yang juga pelawak, Mamat Sepah merupakan satu perjalanan yang sangat luar biasa.

Artikel Berkaitan: ‘Hadir Beribadah Bersama Membawa Sejuta Kisah’ – Mamat Anggap Perpisahan Sementara Dengan Shuib Ada Hikmah

19 tahun bersahabat

Menerusi TikTok, Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhammad memuat naik beberapa foto bersama Mamat sepanjang mereka berada di Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah.

Ujar Shuib, pelbagai liku kehidupan telah ditempuhinya sepanjang 19 tahun bersahabat bersama Mamat.

Justeru, bekas penyampai radio Hot FM ini berharap agar ukhwah persahabatannya bersama Mamat dapat berkekalan hingga ke syurga.

19 tahun yang luar biasa, Allah kurniakan perjalanan persahabatan yang sungguh klasik.

Ada suka, ada tawa, ada sedih menusuk jiwa. Umur masing-masing dah masuk 40 tahun.

Semoga ke depan kita jadi sahabat yang lebih dewasa dan semoga Allah izin kita bersahabat sampai syurga.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat perkongsian Shuib dan mendoakan agar persahabatan dirinya dan Mamat berkekalan hingga akhir hayat.

Sumber: TikTok