![[VIDEO] Tidak Pulang Ke Kampung, Ahirine Ahirudin Sambut Raya Di Kuala Lumpur – ‘Masih Meriah Tetapi Tak Seperti Di Melaka’](https://media.ohbulan.com/2025/03/ahirine-1.jpg)

Berbeza dengan tahun sebelum ini, pelakon Ahirine Ahirudin akan menyambut Syawal di ibu kota, Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ahirine Ahirudin Berlakon Filem Tidak Sekadar Penuhi Permintaan – ‘Orang Suka Atau Tidak Suka Itu Adalah Subjektif’
Artikel Berkaitan: Ahirine Ahirudin Dedah Diganggu Lelaki Dikenali – ‘Saya Takut, Rasa Macam Ada Mata-Mata Memerhati’
Raya meriah je

Ketika ditemui OhBulan!, pelakon filem Raya Emas: Salako Sacred Treasure berkata meskipun tidak pulang ke kampung, Ahirine berkata sambutan raya masih lagi meriah.
Sepanjang Ramadan saya memang agak sibuk. Kalau raya pula, saya akan beraya di Kuala Lumpur (KL) dan tidak balik Melaka (kampung) kerana keluarga semua berada di sini (KL).
Sambutan raya tu meriah lah dengan (sambut) dengan keluarga tetapi tidak meriah seperti di Melaka sebab ramai yang tidak balik.
Mengulas lanjut, aktres 29 tahun itu bekata dia juga tidak membuat persiapan raya susulan sibuk dengan penggambaraan ketika bulan Ramadan.
Saya pun tidak lakukan persiapan, hanya biasa-biasa sahaja. Jadi, pada Hari Raya nanti saya akan serbu rumah kawan-kawan saya.
Kena ada conflakes madu

Bercakap mengenai juadah, Ahirine berkata kebiasaannya dia sering menanti-nantikan untuk memakan biskut raya conflakes madu kerana itu adalah juadah wajib baginya.
Conflakes madu wajib ada kemudian ketupat, rendang dan apa-apa jenis makanan. Saya tidak memilih, saya makan je.








