![[VIDEO] Serlahkan PeRAYAan Mu Dengan guardian & Filem Muzikal Raya Menghiburkan!](https://media.ohbulan.com/2025/03/guardian-cover-image.jpg)
Raya dah dekat, geng! Dah ready ke nak bersinar di pagi Raya?
Tahun ni, guardian Malaysia bawakan kempen khas Serlahkan PeRAYAan Mu dengan guardian untuk pastikan korang tampil lebih glowing, lebih yakin, dan lebih berseri-seri sepanjang musim perayaan!

Kalau sebelum ni kita sibuk fikir pasal baju baru, kuih raya, dan persiapan rumah, guardian nak ingatkan satu benda yang lebih penting iaitu raikan diri kita sendiri!
Dengan tagline “Own Your Beautiful. Take Control of Your Wellbeing”, guardian ingin mengajak korang semua untuk jaga kecantikan dan kesihatan supaya Raya tahun ni lebih bermakna.
Menurut Priscilla Wu, Pengarah Urusan guardian Malaysia, “Hari Raya bukan sekadar untuk keluarga dan kawan-kawan, tapi juga untuk diri sendiri. Bila kita rasa yakin dan sihat, kita boleh menyambut Hari Raya dengan penuh kegembiraan. Dengan guardian, kami ada semua yang diperlukan untuk tampil lebih berseri dan lebih yakin sepanjang musim perayaan”, katanya.
guardian tampilkan video muzik Raya baru yang catchy
Nak lagi best? Tahun ini, guardian Malaysia membawakan sebuah filem muzikal Raya yang fun dan menyentuh hati bertajuk “Serlahkan PeRAYAan Mu dengan guardian.”
Berlatarbelakangkan pagi pertama Hari Raya, ia mengisahkan sebuah keluarga kecil yang penuh ceria, berkongsi kegembiraan dan rahsia mereka untuk tampil lebih sihat, berseri, dan yakin, tentunya dengan sedikit bantuan dari guardian!
Filem pendek ni dibintangi oleh Alyssa Dezek, dengan membawa mesej yang cukup simple: tak kira umur, tak kira siapa kita, semua orang berhak untuk rasa cantik dan yakin. So, jom tonton filem ni di YouTube & semua platform digital guardian sekarang!
guardian berkolaborasi dengan Fiziwoo untuk meraikan gabungan fesyen dan kecantikan di musim perayaan ini
View this post on Instagram
Seperti tahun sebelumnya, guardian terus menyokong jenama dan bakat tempatan melalui inisiatif #loveforlocal dengan menjalinkan kerjasama dengan Fiziwoo, jenama fesyen tempatan yang akan bawakan sentuhan unik dalam rekaan mereka, sekaligus meraikan kecantikan dan ekspresi diri.
Dengan kerjasama ni, guardian nak bagi korang lebih banyak cara untuk tampil dengan gaya tersendiri, bukan je melalui self-care, tapi juga dengan fesyen yang buat korang rasa lebih yakin. So, Raya ni, jom serlahkan PeRAYAan ikut cara korang sendiri!
Yang lagi best, dengan setiap pembelian RM150 ke atas, korang berpeluang untuk dapatkan hadiah eksklusif dari Fiziwoo & guardian termasuklah tudung, face mask dan sampul duit raya. So, siapa cepat dia dapat!
guardian juga tawarkan diskaun & hadiah menarik yang korang tak boleh lepaskan!
Di musim perayaan ini, korang juga boleh nikmati diskaun sehingga 50% untuk produk kecantikan & kesihatan terpilih dan dapatkan hadiah eksklusif Raya Gift With Purchase (GWP)!
Bukan itu sahaja, jangan lupa rebut peluang untuk dapatkan hadiah menarik seperti grill BBQ elektrik, periuk kaserol seramik, pembesar suara tanpa wayar G LED, dan beg kecantikan yang chic. Oh ya, sampul duit raya juga tersedia untuk ditebus selagi stok masih ada!
So guys, dah ready nak all out dengan persiapan Raya tahun ni? Jangan lupa singgah guardian dan serlahkan PeRAYAan korang dengan penuh gaya!
Untuk maklumat lanjut, layari laman web guardian.








