![[VIDEO] Ridzokumura Disaran Bawa Sky Jumpa Pakar – ‘Dia Nampak Murung & Stres’](https://media.ohbulan.com/2025/03/NetizenSuggestRidzoBawaSkyJumpaPakar.jpg)

Perkongsian terbaharu dibuat usahawan dan pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura yang memaparkan anaknya iaitu Sky Taizo Okumura telah menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya risau melihat keadaan remaja itu.
Artikel Berkaitan: Netizen Nasihat Ridzuan Ridzokumura ‘Rehat’ Buat Konten Fasal Anak, Minta Hormat Arwah Isteri
Sky nampak murung
@ridz_okumura Semalam saya dan sky berbuka di kedai bunga saya di subang jaya terima kasih team Ridzokumura tiba2 @Sky Taizo Okumura ? original sound – Ridzokumura
Menerusi TikTok. Ridzuan berkongsi momen dirinya yang sedang bersiap sedia sebelum masuknya waktu berbuka puasa di kedai bunga miliknya yang terletak di Subang Jaya, Selangor.
Sedang asyik merakam juadah makanan di atas meja, Ridzuan kemudiannya mula tercari-cari Sky selepas kelibat anaknya itu tidak kelihatan.
‘Di mana Sky?’. – Ridzuan.
‘Sky ada di dalam’. – Pekerja Ridzuan.
Selepas melangkah masuk ke dalam sebuah bilik, alangkah terkejutnya Ridzuan mendapati anaknya itu sedang terbaring sambil membongkok di atas sofa.
Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya risau melihat keadaan Sky.
Menjengah ke ruangan komen, netizen menyarankan Ridzuan untuk membawa Sku berjumpa pakar kerana anaknya itu kelihatan sangat murung selepas kehilangan ibu tercintanya pada 28 Februari lalu.
Komen netizen




Sumber: TikTok Ridzokumura








