![[VIDEO] ‘Macam Makan Dekat Kedai Lima Bintang!’ – PU Riz Puji Masakan Mama Kartini, Setiap Hari Datang Hantar Makanan](https://media.ohbulan.com/2025/03/pu-riz-noor-kartini-111.jpg)

Pendakwah bebas, PU Riz bersyukur dikurniakan ibu mentua iaitu Datin Noor Kartini yang sentiasa mencurahkan kasih sayangnya terhadap anak-anak.
Artikel Berkaitan: PU Riz Tegur Kenyataan Individu Mengaku Lebih Selesa Tak Bertudung – ‘Kita Buat Dosa Tapi Jangan Nafi Apa Yang Disuruh Allah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Haris Dipuji ‘Low Profile’, Pandai Jaga Hati Isteri – ‘Neelofa Saja Nampak Saya Handsome’
Ibu mentua masak sedap
@sweetcotton_byleen sapa kata ustaz Haris garang orangnya 😆 #neelofa #ustazharis #puriz #munajatdikalaramadhan #ramadan #ramadan2025 #neelofaharis
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, PU Riz atau nama nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail memuji masakan Noor Kartini yang disifatkan tiada tandingannya.
Suami kepada selebriti dan usahawan terkenal Neelofa itu juga memberitahu, ibu mentuanya sering menghantar juadah makanan ke rumah mereka.
Hari-hari dia akan hantar makanan dekat rumah. Semua sedap-sedap, tak boleh tahan.
Tengok sahaja atas meja, seolah-olah macam dekat kedai makan lima bintang!
Siapa tak percaya boleh rasa karipap yang Mama Tini (ibu mentua) buat.
Puji ibu mentua

Dalam masa yang sama, pendakwah berusia 30 tahun tersebut meluahkan rasa bahagia kerana memiliki isteri dan ibu mentua seperti mereka.
Saya dikelilingi isteri yang pandai masak, apatah lagi ibunya yang hebat lagi bijaksana.
Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga bersama PU Riz pada 27 Mac 2021.
Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 4 dan Abdullah Abbas, 2.
Sumber: TikTok






![[VIDEO] Penghuni Syurga Boleh Bantu Penghuni Neraka? Ini Penjelasan Ustaz Adnin](https://asset.ohbulan.com/2026/08/adnin.jpg)

