

Pempengaruh dan usahawan iaitu Ridzuan Ridzokumura akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayai telah menyebarkan fitnah ke atasnya susulan kematian isterinya iaitu Allahyarham Akiko Okimura.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ridzuan Ridzokumura Cerita Arwah Akiko Terjatuh Dari Tingkat Empat, Tidak Pasti Bagaimana Insiden Berlaku – ‘Ketika Itu Saya Sudah Tidur’
Akan ambil tindakan undang-undang

Perkara itu diumumkan sendiri Ridzuan menerusi satu hantaran di Instagram Story (IGs).
Menerusi perkongsian yang dibuat, Ridzuan atau nama lengkapnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib memuat naik gambarnya bersama peguam terkenal iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan.
Menurut Ridzuan, tindakan itu dibuat supaya tiada lagi pihak yang berkata buruk dan menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai keluarganya.
Fakhrul adalah peguam saya.
Sesiapa yang membuat fitnah ke atas saya, Sky dan arwah, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.
Terdahulu, Akiko disahkan meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor pada 28 Februari.
Untuk rekod, Ridzuan dan Akiko telah berkahwin pada Februari 2009 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.
Sumber: IGs Ridzuan Ridzokumura





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

