

Hantaran di akaun media sosial milik bekas isteri kepada pelawak dan pelakon Shuk Sahar iaitu Rossa Sera telah mencuri perhatian warganet berikutan dipercayai sudah pun berkahwin.
Artikel Berkaitan: Rossa Sera Didakwa Jadi Penyondol, Jalin Hubungan Dengan Suami Orang?
Artikel Berkaitan: ‘Tengah Buat Proposal Kahwin’ – Bekas Isteri Shuk Sahar Bakal Bernikah?
Dukung bayi
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Rossa atau nama lengkapnya Rosselenah Natassyiah Asshaferah berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya sedang memeluk seorang bayi di dalam sebuah kereta.
Tinjauan OhBulan!, juga mendapati di bahagian info akaun media sosial tersebut, Rossa meletakkan status sudah berkahwin bersama emoji sebentuk cincin.
Married.
Netizen terkejut

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargent terkejut melihat perkembangan terkini Rossa berikutan dia tidak pernah memaklumkan tentang pernikahannya.
Walau bagaimanapun, mereka tetap senang melihat kebahagiaan Rossa dan mendoakan kesejahteraannya.
Sekadar info, Rossa dan Shuk pernah mendirikan rumah tangga pada 2015, namun disahkan bercerai dengan talak satu pada 22 Mac 2023.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Asyifatu Aimi, 6.
Sumber: TikTok Rosa Serra








