Usahawan dan pempengaruh terkenal, Madammu meminta orang ramai supaya berhenti membuat spekulasi tentang kematian isteri rakan seperjuangannya, Ridzuan Ridzokumura iaitu Akiko Okumura.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Madammu Dah Buat Hibah Harta, Netizen Puji Sebab Tak Pilih Kasih Dengan Anak Tiri

Artikel Berkaitan: VIDEO] Madammu Peruntukkan RM40,000 Sebulan Untuk Perbelanjaan Ibu – ‘Bayar Rumah Pun Dah Separuh Dari Amaun Tu’

Stop mengata

Menerusi klip rakaman siaran langsung yang dibuat di Instagram, Madammu atau nama lengkapnya Eriyca Baiduri meluahkan rasa sedih dengan kecaman yang dibuat ke atas keluarga Ridzuan.

Jangan buat spekulasi, sedih saya tengok orang mengata macam-macam. Mereka adalah keluarga yang bahagia. Berhenti buat spekulasi yang mengarut-ngarut dalam bulan Ramadan ini.

Walaupun (Ridzuan) dah beri penerangan masih lagi orang mengata.

Akiko jarang masuk ‘live’

Sedar dengan andaian negatif yang dibuat orang ramai, Madamu menegaskan rakan seperjuangannya jarang berkongsi tentang kehidupan arwah isterinya.

Pun begitu, sejak kebelakangan ini isteri Ridzuan rajin membuat siaran langsung (live) di TikTok bersamanya.

Saya ada baca orang komen, ‘Dekat media sosial orang nampak bahagia, tetapi realiti tidak tahu’. Ridzuan jarang tunjuk isteri di media sosial cuma sejak akhir-akhir ini je (banyak kongsi).

Sebelum ini, tidak pernah. Isteri Ridzuan ada kehidupan peribadi. Saya kenal Ridzuan lebih daripada 10 tahun tapi pernah jumpa isterinya dua kali sahaja.

Kadang-kadang je isteri Ridzuan masuk dalam live, nyanyi lagu Doraemon.

Sebelum ini, Ridzuan menerusi hantaran di Instagram memaklumkan isterinya telah meninggal dunia namun tidak mendedahkan punca kematian.

Bagaimanapun, Ridzuan akhirnya membuka mulut dan mendedahkan punca kematian isterinya pada semalam.

Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.

Sumber: TikTok