Menerusi tweet World Health Organization (WHO), mereka berkongsi satu video kempen kesedaran mengenai masalah kemurungan. Namun, yang mendapat perhatian ramai adalah wajah duta kempen itu yang dikatakan mirip campuran wajah Neelofa dan Fazura. Persoalannya, siapa dia sebenarnya?
Macam mix Neelofa dan Fazura?
.@KylieVerzosa from the #Philippines ?? was Miss International 2016.
That didn’t stop her suffering from #depression.
Read more here: https://t.co/nodfbwGnMn pic.twitter.com/takXyz0DyJ— World Health Organization (WHO) (@WHO) September 22, 2018
Memang cantik sungguh. Ramai juga yang setuju wajah gadis ini mirip wajah campuran Neelofa dan Fazura. Betul ke sama?
Ratu Cantik Dunia rupanya..
Kylie Fausto Verzosa merupakan seorang model dan pelakon di Filipina. Beliau pernah dinobatkan sebagai Ratu Cantik Filipina dan Ratu Cantik Antarabangsa pada tahun 2016. Ratu Cantik ini merupakan antara orang ke 6 dari Filipina yang pernah memenangi Ratu Antarabangsa. Tidak hairanlah kalau beliau juga merupakan ahli Persatuan Model Profesional di Filipina.
Beauty with brain
Kylie Verzosa dilahirkan di Baguio City, Filipina. Beliau telah menamatkan sekolah menengah di Saint Louis University, Baguio City dan lulus dari Ateneo de Manila University dengan ijazah sarjana muda dalam Pengurusan Perniagaan. Siapa sangka Ratu Cantik ini pernah bekerja sebagai guru pra-sekolah pada satu ketika dahulu.
Macam Neelofa sebijik!
Selain itu, Kylie pernah menjadi sukarelawan di Yayasan Natasha Goulbourn untuk bertujuan mendidik orang tentang kemurungan dan bunuh diri. Dia kemudiannya mewujudkan ‘Mental Health Matters’, sebuah kumpulan sokongan dalam talian yang bertujuan memberi sokongan emosional kepada orang-orang yang mengalami kemurungan, gangguan kecemasan, dan lain-lain bentuk penyakit mental.