

Mendapat sambutan menggalakkan pada tahun lalu, Farmer’s Village meneruskan lagi dengan bufet Ramadan yang lebih menarik untuk edisi kali ini.
Bufet yang menyajikan lebih daripada 50 jenis hidangan menggunakan bahan segar dari ladang itu bertemakan suasana desa dan berlangsung bermula dari 2 Mac hingga 13 April.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mesra Iftar Bersama, Hidayah Terbuka Kongsi Wajah Kekasih? – ‘Kalau Jodoh, Memang Ada Iras Arwah Abam’
Artikel Berkaitan: Teh Tarik, Nasi Lemak Atau Roti Canai, Yang Mana Satu Makanan Paling Best Di Malaysia? Jom Undi Sekarang!
Kolaborasi dengan Restoran Makan Kaw Kaw

Menurut pengasas Farmer’s Village, Datuk Peter Ng Thean Lai, pihaknya berkolaborasi dengan Restoran Makan Kaw Kaw bagi menyediakan juadah lebih istimewa sepanjang Ramadan tahun ini.
Kata Peter Ng, dia menjanjikan suasana yang selesa kepada pengunjung kerana ruang ballroom disediakan boleh menampung sehingga 1,200 orang dalam satu masa.
Kami menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang lebih ‘kaw’! Dengan ruang ballroom yang lebih luas, lokasi ini mampu menampung sehingga 1,200 orang.
Selain menjamu selera dengan harga yang sangat berpatutan, pengunjung juga boleh melawat kawasan ladang seluas 10 ekar yang menawarkan pelbagai tarikan dan menikmati pemandangan hijau yang mendamaikan.
Pada tahun lalu, ramai pengunjung dari pelbagai kaum datang berbuka bersama dan tahun ini, Farmer’s Village mengekalkan semangat muhibbah dengan mengalu-alukan semua untuk turut serta sehingga sambutan Aidilfitri nanti.
Harga berpatutan & tawaran istimewa

Manakala, Pengarah Urusan Farmer’s Village, Shirley Chong Shir Ting, menyatakan bahawa pihaknya menawarkan harga yang sangat berpatutan bagi memastikan lebih ramai dapat menikmati pengalaman berbuka di sini.
Malah, yang menempah awal akan mendapat potongan harga serendah RM55 untuk sekepala.
Tempahan awal dalam tempoh lima hari sebelum berbuka akan mendapat potongan harga serendah RM55 sekepala daripada harga asal RM88. Untuk tempahan berkumpulan (10 orang ke atas), setiap individu akan mendapat percuma sekali lagi makan bufet.
Setiap hari, Farmer’s Village mensasarkan kehadiran 500 pax, tetapi harapannya lebih ramai, mencecah 800 orang sehari dengan pakej kumpulan yang menarik.
Uniknya, bahan-bahan segar seperti sayur-sayuran dan buah-buahan ditanam sendiri di ladang. Ini memastikan setiap hidangan bukan sahaja enak tetapi juga berkualiti tinggi.
Sedia hidangan tradisional

Dalam pada itu, Pengarah Restoran Makan Kaw Kaw, Sally Ng Siew Khim, memaklumkan bahawa pihaknya menyediakan pasukan seramai 15 orang yang terdiri daripada cef dan kru berpengalaman bagi memastikan kualiti makanan terjamin.
Menu berbuka di Farmer’s Village merangkumi pelbagai hidangan tradisional yang menyelerakan antaranya Ayam Ungkep, Ayam Masak Merah, Gulai Kawah, Masak Lemak Cili Api dan banyak lagi.
Bufet ini juga dibuka sehingga 10.30 malam, memberi ruang kepada pengunjung untuk berbuka dengan santai dan menikmati pelbagai hidangan dengan sepuas hati.
Di samping itu, Farmer’s Village turut menyediakan persembahan busking, pertunjukan khas serta cabutan bertuah pada setiap malam.
Bagi yang ingin lebih kepuasan, boleh mencuba Ramadan Kombo Set berharga RM150, lengkap dengan hidangan istimewa untuk kumpulan yang lebih besar.
Bukan hanya menyajikan bufet Ramadan, Farmer’s Village menawarkan pelbagai hidangan istimewa, terutamanya berasaskan masakan Cina Muslim, termasuk Uncle Farmer Chicken, Sup Sirip Ikan (Shark Fin Soup), Sup Ayam Kelapa dan seafood segar sepanjang tahun.
Farmer’s Village menjemput semua untuk merasai pengalaman berbuka puasa yang unik di Farmer’s Village 2025. Tempah awal untuk menikmati tawaran harga terbaik dan alami suasana desa yang menenangkan bersama keluarga serta sahabat handai.








