Penyanyi Amy Search antara rakan yang paling rapat dengan penyanyi Allahyarham Saleem dan sudah tentu dia juga terkesan dengan pemergian penyanyi Suci Dalam Debu itu. Kedua penyanyi yang asal dari kampung ini pernah sama-sama berjuang untuk mengapai impian.
Ternyata bukan mudah hendak menjadi star yang pernah mencetuskan fenomena muzik di Nusantara ini. Amy Search kongsi kisah mereka berdua yang ramai tidak tahu.
Suci Dalam Debu terlalu indah
https://www.instagram.com/p/Bo5bjo4nmcq/?taken-by=aku.amysearch
Kita budak kampung yang datang KL
Aku nak cerita sikit kenangan aku dengan arwah Saleem. Dua kali kite orang bersama, satu dalam lagu Isabella 98 dengan 4 penyanyi digabungkan Jamal Abdillah, Zamani dan arwah Saleem. Lepas tu kite bergambung lagi atas usaha Warner dalam lagu Sesat Di Kuala Lumpur untuk album beliau Epigoni. Gambar ni menjadi kenangan. Aku ingat lagi dia berkunjung ke rumah aku. Kalau tak salah aku sebelum kite rakam lagu Sesat di Kuala Lumpur. Kite orang bercerita tentang kehidupan kite orang lalui. Aku cakap dengan dia, kite sama2 budak kampung datang Kuala Lumpur bawak impian nak jadi artis popular tapi bila dah jadi tentu ada yang lagi besar yang kite nak bikin di depan.
Kita tempuh dengan tenang saja, bro
Itu hanya lu aje yang tahu. Tapi lu kena banyak bersyukur sebab Allah makbulkan impian lu. Lu kena sayang ini barang. Ramai orang nak masuk ini bidang tapi bukan semua dapat pijak ini padang. Ada yang dapat tapi terkena penyakit kejutan budaya dan mula sesat di Kuala Lumpur. Kite kena sayang ini barang. Kita sama2 bikin nama di benua Nusantara. Selepas lagu Isabella dan Cinta Kita (Fantasia Bulan Madu) bikin major hits di Indonesia, Suci Dalam Debu menyusul dengan major hits juga. Aku cakap lu tentu ada lagi statement yang lu mau bikin atau lu rasa lu rasa apa lu dah puas hati.
Riaksi arwah sangt fokus dengan apa yang aku cakap sambil angguk kepala. Sebelum nak balik aku pesan lagi sambil ketawa, bro lu ingat kite budak kampung datang Kuala Lumpur nak jadi star. Semua ini Allah yang bagi kite. Bersyukur aje… InsyaAllah kita dapat pelayaran yang indah tapi yang indah tentu datang bersama dugaan. Kita tempuh dengan tenang aja bro. Begitu lah kenangan aku dan arwah Saleem dapat luang masa yang panjang sepanjang karier dia. Moga Allah ampuni segala dosa dan cucuri rahmat ke atas roh nya. AmeenYRA…Al-fatehaha.
Sumber: Amy Search