

Dua lelaki disahkan meninggal dunia selepas treler yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik ke bahu jalan di Jalan Kimanis-Keningau pada petang Isnin.
Maut tersepit treler

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Mohd Johainin Ruslan, pihaknya termasuk enam anggota telah bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.
Kemalangan melibatkan sebuah treler yang membawa muatan jentera berat iaitu mesin berantai dan terbabas sendiri di bahu jalan lalu terbalik.
Pasukan bomba kemudian mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan jentera yang dibawa menggunakan peralatan khas. Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Sumber: Sinar Harian





![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)