Kecoh di laman Twitter apabila salah seorang pelajar di UiTM Shah Alam memuatnaik sebuah foto menyaksikan juadah nasi goreng kampung ‘lauk’ anak katak. Bagaimanapun, perkara ini telah diadukan kepada Vice Chancellor UiTM untuk tegas mengambil tindakan kepada peniaga di gerai tersebut.
Foto ini telah mendapat pelbagai respon dan keluhan dari pelajar di institusi berkenaan. Ini antara cerita pelajar UiTM Shah Alam menerusi laman Twitter.
Nasi ‘lauk’ anak katak
WHAT WE FOUND AT DC @ UITM SHAH ALAM,PLEASE WE MUST TAKE AN ACTION TO TAKE DOWN THE STALL @UiTMconfession @UiTMshahAlam pic.twitter.com/SPoRWGN3ZZ
— Pipa (@afifahsyakirahh) January 7, 2019
Pelajar perempuan dikejar tikus
Lipas tk pernah pulak nmpk tpi semalam ada budak perempuan kena kejar dgn tikus kt situ ????
— Pipa (@afifahsyakirahh) January 8, 2019
Mujur kepala je timbul
Ya Allah. ???? pangkah le gerai tu lepas ni. Mendtg kesan yg mudarat pd student?????. Mujur kepala nyer timbul kalu kepala nyer dlm mulut????????
— Nazihah Ahmad Raffai (@NazihahRaffai) January 8, 2019
Lepas masuk mulut baru perasan
Ya katak tuuu,cer zooommmmmmmmmmmmmmm,member lain beliii tk perasan ada benda ni..dah nk gaul ngap msuk mulut tu bru perasan kepala terkeluar cmtu :')
— Pipa (@afifahsyakirahh) January 7, 2019
Kesihatan pelajar seakan diabaikan
Kalaupun saya tidak selalu membeli makan di DC, tapi pelawat pertama kali pun boleh perhati betapa kotornya gerai2 makanan & minuman DC. Aspek kebersihan, kesihatan pelajar seakan diabai. Tahu2 untung masuk. Lihat saja balang air, penuh daki. #NasiLaukKatak
— HRH Crown Prince of Córdoba (@AkmalViolet) January 8, 2019
Jumpa ulat dalam soto dan telur
Kebanyakan gerai belah kiri sangat kotor dan sebelum ni ada kes pelajar jumpa ulat sampah dalam soto dan telur lalat…
— Pipa (@afifahsyakirahh) January 8, 2019
Arahan penutupan telah diberikan
Pusat Kesihatan telah kenalpasti gerai yang terlibat.
Arahan penutupan telah diberikan kepada gerai yg didapati tidak bersih. Saya telah arahkan HEP utk membuat pemeriksaan terperinci di semua premis makanan dalam #UiTM Shah Alam.#UniversitiTeknologiMARA #UiTMDiHatiku https://t.co/L47YHu0cL5— VCUiTM (@VCUiTM) January 8, 2019
Sejurus mendapat aduan dari pelajar ini di Twitter, Vice Chancellor UiTM, Dato Dr Hassan Said telah mengeluarkan arahan penutupan urusan jual niaga di gerai yang didapati tidak bersih. Pegawai Kesihatan telah pun memantau semua gerai makan di UiTM Shah Alam.
Sumber: Afifah Syakirah