Pernah popular dengan drama Manjalara, Jue Aziz senyap seketika dari dunia hiburan selepas berkahwin dengan seorang pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmal.
Walaupun tidak berlakon, di Instagram Jue dilihat aktif menjadi duta dan mempromosikan produk kecantikan jenamanya. Terbaru, Jue mengesahkan dia dan suami sudah berpisah.
Pisah secara baik
Jue Aziz mengakui rumahtangga yang dibina hampir 5 tahun yang lalu telah berakhir. Tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut, Jue cuma memberitahu sudah habis tempoh Edah.
Kami bercerai secara baik dan tiada pergaduhan pun.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan Bayu (bekas suami) juga memahami perceraian ini untuk kebaikan masing-masing
Pelakon cantik manis ini juga secara tenang memberitahu perpisahan mereka adalah untuk kebaikan masing-masing.
Dah habis edah
Tidak perlu tulis bila tarikh kami bercerai kerana saya sudah habis edah pun.
Walaupun sudah bercerai hubungan kami masih baik sampai sekarang.
Tidak mahu mendedahkan secara terperinci bila dia dan suami bercerai, mereka dikatakan masih berkawan baik.
Sumber : Harian Metro