Rumah sememangnya tempat penting buat keluarga untuk berteduh melepaskan penat seharian, bak kata pepatah ‘Rumahku, Syurgaku’. Kalau rumah itu tak menarik dan bersepah, mestilah rasa tidak selesa. Betul tak?
Bayangkan dari rumah macam sarang penagih dadah, individu ini buktikan mampu ubah menjadi luar biasa. Lihat foto transformasi ini, mana tahu dapat idea nak ‘upgrade’ rumah sendiri jadi lawa macam bawah ni.
Sebelum selepas
Ikuti perkongsian lelaki ini mengubah suai rumahnya..
” Bila saya decide untuk melakukan transformation untuk rumah ‘sampah’ yang dibeli, saya hanya mahukan konsep industri yang bukan semata mata ‘nampak industri’ hanya pada perabot.
Saya mahukan rumah idaman, bukan rumah ortodok seperti dalam kehidupan zaman lalu, bukan rumah yang dibina untuk ‘impress’ sedara mara bila raya, bukan rumah yang sofa hanya tetamu boleh duduk, pinggan mangkuk mahal dalam almari dan hanya boleh guna bila orang datang.”
Ruangan atas
“Saya mahukan rumah yang ada jiwa saya dan dalam masa yang sama selesa. Anak anak ada bilik masing masing, ada bilik wardrobe. Saya tidak mahu TV di ruang tamu, ruang tamu bukan ruang menonton TV.
Saya mahukan rumah yang ‘hidup’, setiap bahagian itu bersebab dan bermatlamat.”
Konsep rumah berbeza
“Mungkin kerana saya sering ke Jepun dan Australia, di mana saya lihat dua konsep rumah berbeza. Jepun adalah ‘minimalist’ setiap ruang mesti digunakan sepenuhnya dan tiada benda benda merepek yang tidak patut.
Australia pula, mereka punya tanah dan rumah yang luas tetapi mereka juga minimalist. Ada ruang makan, ada ruang keluarga dan ada ‘Mancave/Garage” hanya untuk bapa/suami berehat.”
Rumah penagih dadah
“Dari rumah ‘Sampah Penagih Dadah’ ke rumah impian saya buat masa ini. Ye siapa tidak mahu duduk di banglo, ada kolam renang, ada helipad dan garage tetapi saya realistik.
Apa yang dilakukan hendaklah selari dengan kemampuan. InsyaAllah satu hari nanti jika diizinkan-NYA.”
Sumber : Mohd Khairul Mk