![[VIDEO] Anak Nora Ariffin Teruja Jungkook BTS Layan Lagu ‘Old Love’](https://media.ohbulan.com/2023/03/Screenshot-2023-03-17-at-10.43.22-AM.png)

Viral di media sosial mengenai sebuah rakaman video di mana anggota kumpulan BTS iaitu Jungkook mendengar lagu Putri Dahlia dan Yuji secara langsung ketika bersiaran di Weverse.
Wow!
View this post on Instagram
Menerusi video tersebut, Jungkook mengejutkan ramai pihak apabila lagu ‘Old Love’ nyanyian anak penyanyi Datuk Nora Ariffin itu menjadi pilihan hatinya.
Bukan sahaja mendengar lagu tersebut, ahli BTS ini turut menyimpan lagu ‘Old Love’ itu di dalam playlist miliknya.
Menurut Putri, dia berasa teruja apabila penyanyi kegilaan ramai itu suka mendengar lagu nyanyiannya bersama Yuji.
Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan selebriti mengucapkan tahniah kepada Putri atas kejayaan yang luar biasa itu.
Pada masa yang sama, Nora Ariffin turut meluahkan rasa bangga atas pencapaian anaknya itu kerana tidak mudah untuk lagu tempatan mendapat perhatian penyanyi negara luar.

Sumber: Putri






![[VIDEO] Ramai Minta QR, Budak 46 Enggan Terima Sumbangan Wang – ‘Selagi Masih Boleh Buat Affiliate, Saya Akan Lakukan’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/befunky_2026-7-2_10-30-56.jpg)

