

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditemui mati disyaki dibunuh sebelum mayatnya dibuang di dalam semak dan berlumpur di kawasan perkampungan setinggan Kampung Forest, Sandakan, semalam.
Mayat dalam semak

Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung penemuan mayat tersebut sekitar jam 10 pagi. Hasil siasatan awal mendapati, mangsa telah dibunuh sebelum mayatnya dibuang di lokasi kejadian.
Susulan daripada itu, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk proses bedah siasat. Difahamkan, pada hari yang sama iaitu sekitar jam 12:30 tengah hari, pihak polis menahan seorang lelaki warganegara asing berusia 22 tahun berhampiran lokasi kejadian untuk membantu siasatan.
Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber: Astro Awani






![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)