Setiap daripada kita pastinya mengharapkan tubuh badan sentiasa sihat serta terhindar daripada segala penyakit. Tapi, siapa kita untuk menolak takdir Allah jika diuji dengan sesuatu penyakit, mahu tidak mahu, kita perlu hadapinya dengan hati yang terbuka.
Begitulah yang dilalui oleh adik Nurfarahannis Hasdee apabila tubuh badan yang sihat tiba-tiba disahkan menghidap kanser liforma.
Memerlukan darah jenis B+ atau O
Menurut perkongsian daripada Noorhafizah Ramli, adik Nurfarahannis kini memerlukan bantuan darah jenis B+ atau darah O kerana palet darahnya semakin rendah hari demi hari. Tahap kesihatannya juga semakin merosot.
Melalui perkongsian itu juga, telah meminta orang ramai untuk menghulurkan bantuan kerana ibu kepada Nurfarahannis hanya bekerja sebagai cleaner. Ibunya itu terpaksa berulang alik dari Sik ke Alor Setar untuk memantau tahap kesihatan NurFarahannis yang dirawat di hospital.
Ketika masih sihat
Keadaan kini Nurfarahannis, sedihnya..
Sumber: Noorhafizah Ramli