Tidak dinafikan, menguruskan kewangan zaman sekarang memang sangat mencabar. Lebih-lebih lagi buat keluarga besar yang sememangnya memerlukan kos yang tinggi untuk menampung pembelajaan harian.
Namun ada cara yang lebih efektif untuk menjimatkan kos iaitu dengan memasak sendiri untuk seisi keluarga. Di facebook, wanita ini kongsi cara dia menyimpan makanan yang mudah untuk dimasak. Yang penting bajetnya tidak lebih dari RM300 untuk 3 minggu. Memang jimat dan sesuai buat kita semua.
Barang untuk 3 minggu
Selesai stok lauk dan bahan mentah bulan April 2019 untuk 3 minggu…Alhamdulillah…perancangan penting untuk mengelakkan penyakit M datang menyerang dengan pelbagai alasan. Betul…penat awalnya tapi insyaallah senang kemudiannya bila dah ada semua
Balik lmbat macam mana pun insyaallah akan rajin masuk dapur walau masak biasa-biasa jer sebab tu hakak rilek jer walau keluar gelap balik gelap. Masa muda dan sihat ni la ibu-ibu boleh masak untuk family, nanti dah berumur tak larat nak masuk dapur. Mesti kita akan rindu untuk semua ni…masakla…biar anak2 rindukan air tangan ibu mereka..
Ambil 2 bekas
Macam biasa..Asingkan lauk dalam bekas untuk sekali masa tapi kalau nak masak lebih akan amik 2 bekas. Contoh mcm udang. Kalau nak letak dlm goreng sayur atau tomyam ke amik jer sebekas. Kalau nak buat sambal udang, kena amik 2 bekas.
Simpan lauk cara saya
Masukkan lauk dalam satu bekas (saya hanya guna tipuware) untuk sekali masa. Masukkan air sampai menutupi lauk tadi, simpan kat tempat beku. Letak air untuk apa? Untuk kekalkan kesegaran lauk tadi. Anggap lah macam ikan-ikan kat kutub sana dilitupi air batu. Bila ais cair, ikan tu tetap segar kan. hahaha. Orang sains jangan kecam lak. Saya buat contoh jer senang nak faham untuk orang yang cakap manis udang akan hilang bila letak air.
Simpan lama terpulang, kita raikan pendapat berlainan, pandangan masing-masing. Tapi bagi saya, saya tetap rasa sama jer dengan masa saya baru beli terus masak dengan saya simpan letak air bekukan.
Bila nak masak baru keluarkan
**Lauk yang saya letak air – Udang + sotong + ikan + ayam…semua bersihkan siap2…simpan lauk yang dah bersih
** Daging + tulang – simpan mcm biasa…jangan letak air..
Bila nak masak, keluarkan. Alirkan bawah air paip. Kalau udang + sotong sekejap jer cair. Kalau ayam amik masa sikit, kalau ikut saya. Memang bila nak masak baru bawak keluar. Kenapa? Sebab saya tak rancang nak masak apa, bangun pagi baru pikir nak masak apa. Macam gak balik keje sampai rumah buka peti baru pikir nak masak apa..hahahha. Takder masalah nak cairkan ais tu. Uolss kalau nak masak pagi esok..malam tu boleh letak kat chiller. Ramai orang buat macam tu kan.
Simpan sayur cara saya
Halia + lengkuas + serai + kunyit letak dalam bekas dan masukkan air sampai menutupi sayuran tersebut…
– cili hijau + limau + bawang putih + bawang merah + daun sup + kacang panjang + cili merah + carrot + timun + petai + kobis + sawi jepun + bunga kobis + brokoli….letak tisu kering kat bahagian bawah untuk serap air yang akan menitis kat dlm bekas tersebut…sayur tersebut akan tahan lama…insyaallah…cuma sawi jepun + kobis tak tahan lama…seminggu ok lagi…selepas tu sawi akan lembik dan kobis akan hitam dekat tepi. Sebab tu lah sayur berdaun saya tak beli banyak sekaligus..cukup untuk seminggu…
Tak sampai 300 bajet bulanan
Saya letakkan sekali bajet untuk bulan ni sebab nanti ada yang tanya berapa bajet untuk bahan-bahan mentah ni..
Udang – Rm 25.00 (1.474 kg)
Sotong – Rm 66.00 (3.304 kg)
Ikan Tenggiri – Rm 47.00 (2.136 kg)
Ayam – Rm13.00 (sekor)
Ayam pencen – Rm 20.00 (2 ekor)
Ikan lolong – Rm13.00
isi udang – rm12
Jumlah = Rm196.00 (Lauk)
= Rm 47.00 (sayur – cili hijau + cili api merah + ubi kentang + kobis unggu + serai + tomato + kacang panjang + daun ketumbar + halia + lobak + pak choy + cili benggala + + terung + salad + bawang merah + bawang putih )
Bajet bertiga
Bajet bergantung kepada keperluan individu, saya bertiga…Adakalanya akan lebih juga sikit bajet tu..contoh kalau saya nak buat nasi ayam..saya akan beli ayam lain..sbb ayam yang ada tak sesuai untuk buat nasi ayam..ayam dipotong kecik-kecik.
Saya bukan nak tunjuk bajet saya….saya nak tunjuk cara saya simpan lauk untuk mudahkan untuk kita mak2 ni masak dan juga cara simpan sayur-sayur untuk tahan lama terutama mak-mak bekerjaya keluar pepagi hari dan hampir nak malam baru balik macam saya.
**jangan ckp peti besar boleh la buat macam ni…saya dah kahwin 15 tahun, baru kawin dulu peti kecik jer. Tapi saya buat macam ni jugak. Saya letak dlm plastik cuma tak letak air la bila letak dalam plastik cuma rasa kering sikit lauk tu berbanding yang letak air mcm sekarang…tapi ok sangat lagi dari tak buat apa-apa kan..
Pakai bekas biasa
** Bekas pink saya isi lauk dan sayur ni…bukan tupperware yer …ni tipuware jer…beli kat Mr Diy…tak perlu bekas mahal-mahal …yang ni pun tahan lama…kat kedai eco rm2 pun ok…
** Kenapa letak air…jawapan saya dah letak awal2 kat atas sana
** Bajet untuk berapa lama..jawapan ada kat atas juga…
** Dengan kata lain semua persoalan yang banyak ditanya kat komen…jawapan dah ada kat post…
** Berbeza pendapat dan pandangan…saya raikan…saya terima
** Semoga perkongsian ni menjadi ilmu yang manfaat…terima kasih pada yang mendoakan yang baik2 untuk saya…
** Gambar-gambar last gambar menu hakak masak campak-campak lepas topap stok …bahan-bahan dah ada dlm peti ais…balik lambat pun boleh masak mcm tu..
#semogabermanfaat
#Tipmudahmasak
#masakdenganikhlas
#Mohonjangankecam
Sumber : Naeamah Balqis