Jika sebelum ini kisah masyarakat negara di Korea dan Jepun tidur dalam keranda bagi merasai pengalaman kematian menjadi viral di media sosial. Kali ini, giliran seorang lelaki dari Ghana pula menjadi viral apabila keranda yang diciptanya, mendapat perhatian ramai.
Menerusi The Guardian, lelaki yang dikenali sebagai Paa Joe, 69 tahun itu, telah menghasilkan pelbagai rekaan keranda yang aneh untuk dijual. Antaranya, keranda berbentuk cili, singa, ikan, kereta, kasut, roket dan pelbagai lagi. Wow memang kreatif dan aneh!
Mempunyai banyak pengalaman
Pernah bekerja dengan penulis terkenal Nana Offoriatta Ayim, dan mempunyai lima dekad pengalaman dalam menghasilkan idea rekaan, Paa Joe berjaya mencipta nama dalam industri pembuatan keranda. Kini, dia dan anaknya Jacob, telah berjaya membangunkan pameran yang menerokai tradisi keranda di Ghana. Dia juga pernah menerima kunjungan daripada individu berpengaruh seperti Kofi Anan dan Bill Clinton.
Masyarakat Ghana meraikan kematian
Kami masyarakat di Ghana meraikan kematian terutama sewaktu pengebumian. Kami raikan mereka yang telah meninggalkan. Sewaktu upacara, akan ada ramai orang dan banyak bunyi-bunyian.
Menurut Jacob, perayaan meraikan kematian merupakan sikap Afrika Barat sehingga mati. Ianya mengingatkan orang bahawa kehidupan akan berterusan walaupun selepas kematian. Bagi mereka, pentingnya setiap individu untuk mengetahui bahawa mereka akan terus hidup di akhirat dalam keadaan yang penuh bergaya.
Antara foto keranda yang direka
Sumber: The Guardian